ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG
Salam perkenalan, Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya memberikan kebaikan dan manfaat untuk tambahan amal kita di negeri Akhirat kelak.
BAHAGIA HIDUP
Mencari Bahagia bukan bila melihat orang lain atau ingin seperti lain. Bahagia datang dari dalam diri. Diri sendiri yang boleh mebahagiakan bukan orang lain.
UJIAN
Tiada manusia yang tidak diuji. Lepas ada ujian baru boleh naik pangkat, naik gaji. Beruntunglah bagi mereka yang diuji.
MEMBERI
Erti hidup pada memberi. Bagaimana hendak menerima kalau tidak pernah memberi. Tidak akan rugi bila memberi.
Friday, July 22, 2011
Sunday, June 26, 2011
Tuesday, June 21, 2011
Monday, April 4, 2011
Dua suap nasi please!!
Hidup ini sungguh indah dan maha hebat bagi yang dapat menghayatinya. Dan aku semakin lebih mengerti erti kehidupan yang sementara ini. Pernah satu ketika di waktu petang. Mentari sudah mula bergerak mahu tenggelam dan meniggalkan aku. Dan pada ketika itu aku berjalan bersiar-siar sambil menghayati panorama dunia. Jam menunjukkan masa 4.15 minit petang. Diwaktu itu, satu situasi telah mengunci pandangan ku untuk tidak berganjak kemana-mana melihat apa yang berlaku sewaktu tiba di sebuah kawasan dihujung taman perumahan itu sewaktu sedang berjalan-jalan. Apakah yang sedang dilakukan Pak Cik itu? Kenapa dia berbuat sedemikian? Bagaimana dia sanggup melakukan hal ini? Adakah ini kehidupan manusia yang normal?
Wednesday, March 30, 2011
Surat Cinta KEKASIH
Di saat Merpati pagi terbang pergi mencai rezeki, disaat semut-semut keluar mencari kek-kek didapur, mencari gula sebagai sumber tenaga juga makanan untuk-untuk anak-anak mereka. Bulan juga matahari yang sentiasa taat dan patuh berputar di atas orbit masing-masing. Dan Sudah pasti tindakan-tindakan mereka ini mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Sudah pasti tindakan mereka ini mempunyai hasil masing-masing,. Begitu juga penciptaan manusia sudah pasti ada sebab ia diciptakan. Begitu juga Al-Quran yang diturunkan Allah. Sudah pasti ada manfaatnya untuk makhluk dan manusia.
Tuesday, March 22, 2011
Di sebalik TRAGEDI
Alangkah indahnya bumii ini diciptakan oleh Sang Pencipta, setiap hari aku tidak pernah puas menyelongkar khazanah disebalik khazanah alam ini, alangkah cantiknya pandanganku bilamana aku melihat cinta dan kasih diberikan dari Sang Pencinta kepada Pengharap Cinta sepertiku. Aku seolah-olah tidak mampu meneka menerjah sejauh mana dalamnya kasih Sang Pencinta. Kenapa aku katakan dia adalah “Sang Pencita”??? Jawabannya kerna dia(Allah) sentiasa memberikannya CINTA meski umatnya tidak cinta kepadanya,tidak merasa cinta daripadanya, tidak pernah memikirkan CINTAnya..
Aku mula menyelesuri titian masa muda ku ini dengan kajian. Aku menganalisis tentang cerita “Keindahan Tsunami Jepun”… “Eh ko GILER ke? Orang kene tsunami tu ko kate indah!” bak kate seorang rakan aku.
Tuesday, November 23, 2010
Sudah berapa jauh "preparation" kita?
Salamalaik.. Alhamdulillah ketika ini kita masih lagi diberikan kudrat kekuatan oleh Allah untuk bertebaran di muka bumi Allah, menjalankan tugas sebagai hamba juga khalifah di muka bumi ini. Lama sudah kiranya aku tidak mencoret diruangan ini. ok baiklah. hari ni aku sebagai "Pencoret" ruangan ini ingin berkongsi sebuah kisah yang aku sendiri lalui.













