Tanggal 14 jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433 hijrah, jam
6.30minit petang.
Satu peristiwa bersejarah telah berlaku dalam dunia gerakan
Islam. Seorang Murabbi yang selama ini aku kenali telah meninggal dunia. Dia seorang
manusia yang cukup matang dan berpengalaman dalam gerakan Islam . Seorang
tokoh yang menjadi rujukan oleh sesiapa sekalipun termasuk ahli politik
terkemuka dalam negara juga pemimpin gerakan Islam luar negara. Siapa yang
tidak mengenali Ustaz Yahya Othman atau lebih mesra dipnggil Ustaz Ya. Seorang yang
mesra dan tegas dalam berucap. Baktinya terhadap gerakan Islam dan arena dakwah
di Malaysia sungguh luar biasa. Dan dengan pemergiannya ini memanggil kembali
aku untuk kembali menulis di khayalan maya ini.
Ingin aku kisahkan kembali beberapa pesanan dan nasihat
beliau yang mungkin dapat menambahkan motivasi dan kebaikan kepada kita semua khususnya
ahli gerakan Islam. Pesanan yang aku kira cukup padat dan mempunyai maknanya
yang tersendiri sehingga mampu membuatkan ku menitiskan air mata dalam
pelukannya dan beliau menyebut “ana sayangkan anta akhi” suatu ketika dulu. Kata-kata
yang sentiasa terngiang-ngiang membisik ditelinga ku sehingga kini.
Dalam meredah arus dinamika dunia ini dan menjadi pejuang ,antara
pesanan beliau ialah:
1- Mempunyai kekuatan otak dan fizikal
2- Jadilah orang yang cerdik dan berani.
3- Allah menjadikan orang rajin,orang malas, orang kaya,
orang miskin, penakut dan berani adalah untuk kita saling membantu antara satu
sama lain.
4-Sempurnakan dan persiapkan diri kamu untuk menjadi ketua.
5-Sentiasa membersihkan niat kerana Allah.
6- قَالَتِ
الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا
يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُم
surah Al-hujurat : ayat 14
Maksudnya : Orang-orang
Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu
belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah Islam', karena iman itu belum masuk
ke dalam hatimu;
7- الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ
الْمُمْتَرِينَ
surah Al-Baqarah: ayat 147
Maksudnya : Kebenaran itu adalah
datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam
golongan orang-orang yang ragu-ragu.
Walau bagaimanapun, Terdapat banyak lagi nasihat dan pesanan beliau yang telah
diberikan, dan dalam setiap isi yang di berikan ini
hanyalah sedikit dan ternyata penerangan yang dibuat oleh beliau lebih mendalam
dan mempunyai makna yang tersendiri.
0 comments:
Post a Comment