LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, March 9, 2015

Apakah kita benar-benar hidup?


Lama jugak rupanya Pencoret tak menulis.
Last post pada tahun 2012 agaknya. Rupanya banyak benda dah Pencoret lalui dalm hidup ini. Baik yang pahit ataupun yang manis. Alhamdulillah, semuanya dapat diharungi. Itulah "Hidup". Itulah kebesaran Allah. Rasa rugi plak kalau tidak berkongsi cerita kepada para pembaca sekalian.Itu yang menyebabkan untuk Pencoret ingin menulis kembali.

Soalan yang mudah, tapi sentiasa "makan dalam" bila memahaminya secara mendalam iaitu "Apakah kita benar-benar hidup?"
Kenapa hidup ini kena "benar-benar" atau "sungguh-sungguh" hidup? Pernah tak kita lontarkan soalan ini dalam diri kita, kemudian kita minta diri kita masing-masing jawab? Selama aku sudah sekian tahun hidup ni, aku "hidup" macam mana ye??? Jawab secara jujur dan Ikhlas terhadap diri, jangan pernah membohongi diri sendiri.Masing tahu perihal diri masing-masing.


Jadi, persoalannya adalah bagaimana untuk kita mencari jawapan untuk menjadi orang yang "benar-benar" hidup. Bagi pandangan Pencoret "Benar-benar hidup" ini adalah orang yang dapat dirasai keberadaannya di dunia (Khudurul Muatharah). Kehidupannya menghidupkan suasana dan orang lain. Bukan menjadi "orang mati" yang hidup. Maknanya kehidupannya tidak dirasakan keberadaannya. Ada atau tidak keberadaanya sama sahaja tidak membawa erti pada orang lain. Bahkan amat rugi bilamana keberadaannya menyusahkan orang lain dan berbuat jahat pada orang lain.

Ada beberapa perkara yang patut menjadi kayu ukur untuk menjadikan kita sebagai orang yang benar-benar hidup.

Pertama,Tahu dan Faham Matlamat Hidup.

Apa yea matlamat hidup kawan-kawan? Mungkin anda ada macam-macam matlamat hidup. Mungkin ada yang bercita-cita nak membahagiakan keluarga, nak kehidupan yang mewah, nak jadi profesional individu. Bagi saya itu semua bagus dan baik. Tapi lagi baik kalau anda mempunyai matlamat hidup iaitu "Berjumpa dengan Allah dengan Qalbun Salim(Hati yg sejahtera)". Ini yang saya baca dari buku Kiyai Aa Gym.

Sebab apa? Sebab parcayalah kawan-kawan semua yang kita inginkan itu takkan tercapai melainkan dengan "Redho Allah". Capailah Redha Allah dahulu segalanya akan datang kemudian. Kalau berkeluarga keluarga bahagia, kalau berharta hartanya mencukupi keinginannya tidak banyak sehingga hidupnya sentiasa berkejar-kejar mencari Impiannya sampailah dia mati masih mengejar-ngejar Impiannya.

Deerr! Kalau dah Allah paling tinggi dalam hidup, apalagi yang lebih tinggi yang ko nak?? Siapa lagi yang ko harap selain Allah? Kereta? Rumah? Isteri? Anak? Jawatan? Orang yang merasakan cita-citanya lebih tinggi dari Allah bermakna Allah amat kecil dalam dirinya.

“ Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu.” (adz-Dzariyat: 56)

Ramai diantara kita ingin menjadi Tuhan atau ingin menjadi Tuan, Semuanya kita mahu, semuanya kita ingin urus, semuanya ingin kita kuasai. Padahal kita hanya "HAMBA". Allah lah yang menguru kita. Dan inilah yang berlaku kepada Firaun. Allah tenggelamkan semuanya dalam laut yang dalam bersama bala tenteranya kerana ingin menjadi seperti Tuhan.Bukan saya tidak menggalakkan anda bercita-cita tinggi. Tapi letaklah cita-cita menju Allah itu yang paling tinggi. 

Ini dah la malas nak beribadah, cita-cita tinggi, zalim dengan manusia, tamak pulak tu,. Semua nak! Macam mana la nak tercapai cita-cita tu? Dengan Allah pun tak setel, dengan manusia lagi la.Phuiii!





Kedua, Bersungguh-sungguh Melakukan Setiap perkara Dalam Hidup

Sungguh-sungguh maknanya melakukan sesuatu perkara dengan cara TERBAIK. Tanggungjawab dengan dirinya dilaksanakan dengan terbaik. Tangggungjawab dengan Ibu Bapa terbaik, tanggungjawab dengan keluarga terbaik,dengan majikan terbaik, dengan perniagaan terbaik, dengan rakan-rakan juga terbaik.

Terbaik itu dilakukan dengan bersungguh, Ikhlas , dengan jujur, dengan taat dan dengan mengharap hanya redha Allah bukan manusia. Kalau dah buat yang terbaik takkan Allah nak letak kita ditempat yang tidak baik?

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?” (al-Mukminun: 115)

Masing-masing kita sudah terbaik, biar buruk pandangan manusia jangan buruk di sisi Allah. Biar dilihat kusut dan tidak berharta asal tenang bersama Allah. 

Dunia ini sementara, tapi ramai leka dengan dunia. Dunia ini fatamorgana tapi ramai yang menganggap cita-cita. Jadilah seperti Muhammad Rasul Allah SAW, bila dekat dengan Allah dialah pemimpin dunia.

Bak kata Hamka :
"Kalau hidup sekadar hidup, Babi di hutan juga hidup,
     Kalau bekerja sekadar bekerja, Kera juga bekerja"

Semoga anda mendapat manfaat

*Tulisan ini hanya untuk diri Pencoret sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa melainkan kepada siapa yang ingin mengambil "kena" sahaja.


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More