LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 10, 2010

Mendamba Pemimpin Muda

Belum lama pasukan Mu’tah itu berada di Madinah. Perihal kemenangan umat Islam pada perang terbesar dalam arena sejarah Islam di zaman Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam itu masih hangat dibincangkan.
Pasukan besar itu baru sahaja beristirehat. Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam kembali mengirimkan satu pasukan baginda. Kali ini ke Dzatul Salasil yang diketuai Amr Bin Ash. Misi utamanya memberikan “pengajaran” kepada suku Qhudhaah atas penglibatan mereka membantu pasukan Rom dalam perang Mu’tah.


Bersama 300 orang pasukannya , Amr Bin Ash memasuki perkampungan musuh. Dan ternyata pasukan musuh jauh lebih banyak. Amr meminta bantuan pasukan tambahan kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam. Memenuhi permintaan tersebut baginda mengirimkan tambahan sebanyak 80 orang dari kaum Mhajirin dan Ansar. Ikut bergabung dalam pasukan tambahan itu adalah para sahabat baginda , seperti Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Khattab, dan Abu Ubaidah Bin Jarrah. Amir Bin Sya’bi (meninggal dunia tahun 103 hijrah) menuturkan , Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam melanik Abu Ubaidah untuk memimpin pasukan muhajirin dan Amr sebagai pemimpin orang-orang arab Badwi. Sebelum berangkat Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam berpesan , “jika di tempat teman-teman kalian, janganlah berselisih”.
Musa Bin Uqbah menuturkan , ketika pasukan tambahan itu tiba di hadapan Amr Bin Ash, dia berkata “Akulah pemimpin kalian,aku telah mengirim utusan kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam, tidak lain agar baginda mengirimkan kalian sebagai pasukan bantuan”.
Beberapa orang Muhajiri menyanggah,. “Tidak! Kamu memimpin pasukanmu dan Abu Ubaidah memimpin pasukan Muhajirin”.                        
“kalian hanya pasukan  bantuan yang aku minta” bantah Amr.
Melihat gelagat tidak baik itu , Abu Ubaidah Bin Jarrah segera berkata, “ketahuilah wahai Amr , Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam berpesan kepada kami, “jika tiba di tempat teman-teman kalian, janganlah berselisih”. Kerana iti meskipun engkau derhaka kepada ku , aku tetap akan mematuhi mu.”
Dengan demikian Abu Ubaidah menyerahkan sepenuhnya kuasa kepimpinan kepada Amr Bin Ash. Selanjutnya pasukan itu meneruskan perjalanan dan berjaya menguasai wilayah Baliy. Dikisahkan, setiap kali tiba di suatu tempat , Amr mendengar sudah ada pasukan yang ingin menghadangnya. Namun ketika musuh mendengar kedatangan pasukannya,mereka bubar. Demikianlah akhirnya pasukan Amr berjaya menguasai wilayah Bali, Udzrah dan Bulqin.
Terakhir , mereka sempat bertamu dengan sepasukan musuh yang tidak terlalu banyak jumlahnya. Seketika mereka sempat saling membalas panah , namun akhirnya kaum muslimin berjaya mengundurkan pihak lawan. Pada peperangan ini mereka hanya mendapatkan beberapa ekor kambing dan unta yang terus disembelih. Hanya itu, tidak ada harta rampasan perang yang dapat dibahagi.
Munir Muhammad Ghadbhan dalam manhaj haraki-nya menyebutkan peristiwa ini bukan sekadarpertempuran. Tetapi,lebih merupakan Madrasah Tarbawiyah(institusi pendidikan)  bagi para sahabat. Terutamanya dalam menyingkapi kepimpinan. Hanya kebesaran hatilah yang mampu yang mampu menjelaskan sikap para sahabat Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam kala itu. Teramat sukar dijelaskan, bagaimana mungkin para tokoh ang bergelut dalam dunia dakwah hampir 20 tahun,bersedia dipimpin oleh oleh seorang lelaki yang baru 3 Bulan memeluk IslamAmr Bin Ash memeluk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah. Benar-benar belum lama. Sedangkan Abu Bakar As-Siddiq, Umar Bin Khattab dan Abu Ubaidah Bin Jarrah, adalah sahabat baginda yang lebih awal memeluk Islam. Sebelum mereka berhijrah ke Madinah lagi.
Lebih dari itu, para sahabat senior itu benar-benar mengetahui kalau dahulunya Amr adalah musuh besar kaum muslimin. Dialah yang pernah ditugaskan kafir Quraisy untuk melobi Raja Najasyi agar tidak menerima Ja’far  Bin Abu Talib dan kaum muslimin lainnya di Habsyah. Dia juga yang dulu pernah ingin membunuh Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam.
Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam tentu mempunyai alasan yang kuat mengapa baginda memilih Amr Bin Ash sebagai pemimpinpasukan. Amr Bin Ash dan saudara-saudaranya berasal dari Baliy, yang termasuk wilayah Qudha’h. dalam keadaan seperti ini ,senioriti tidak menjadi faktor utama.
Peristiwa ini bukan kali pertama ,junior memimpin senior. Pada perang Mu’tah setelah Zaid Bin Harithah, Ja’far Bin Abu Talib dan Abdullah Bin Rawahah gugur, pasukan kaum Muslimin dipimpin Khalid Bin Alwalid. Kita amat mengenali tokoh ini. Mereka memeluk Islam selepas perjanjian Hudaibiyah dimetrai pada Safar 8 Hijriyah. Sedangkan perang Mu’tah terjadi pada Jamadil Awal 8 Hijriyah juga. Bererti , sahabat yang mendapat jolokan Pedang Allah itu tersebut, belum genap tiga bulan memeluk Islam.
Khalid dan Amr telah membuktikan kemampuan masing-masing . khalid berjaya menyelamatkan pasukan kaum Muslimin daripada amcaman pembantaian  pasukan Rom. Sedangkan Amr Bin Ash benar-benar telah menunjukkan kemampuannya yang luar biasa dan berjaya mencapai seluruh target yang telah digariskan. Bahkan, dia berjaya menundukkan negeri Qhida’ah.
Tidak terlalu penting membicarakan hasil kemenangan itu. Yang penting untk direnungi  adalah kemampuan Rasulullah Sallallahu Alaihi wasallam melaksanakan quantum tarbiyah(lompatan pendidikan) .hanya dalam tempoh tidak lebih dari tiga bulan, baginda mampu mencetak kader muda yang mampu memimpin perang  yang di dalamnya terdapat kader senior.
Hal ini juga menjelaskan bahawa, bolehnya mengangkat pemimpin junior atas orang-orang yang jauh lebih senior kalau memang mereka mememiliki kelebihan sifat tertentu yang berkaitan dengan kepimpinan tersebut(Fathul Bari V111/75). Pada ketika yang sama diperlukan kerelaan para senior untuk memberikan kesempatan pada juniornya untuk tampil .Bukan sebaliknya , mengeluarkan tentengan dengan sikap angkuh.
Lebih ironis lagi sekiranya perkara ini dilakukan oleh para tokoh tua yang  selama ini dikenali  tidak punya trackrecord  baik dalam kepimpinan. Seharusnya mereka sedar diri dan segera memberi peluang kepada yang lain.
Kalau seorang seperti Abu Bakar As-Siddiq yang sudah sangat jelas fikrahnya terhadap Islam, bersedia dipimpin oleh Amr Bin Ash yang punya kenangan pahit terhadap kaum Muslimin, Seharusnya para tokoh sekarang jauh lebih boleh bersikap terbuka...

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More