LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, February 13, 2010

Kemana arah tuju Islam di Malaysia??

"Jika anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama, kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.

Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu, juga tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini, kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi Malaysia,bukan para korporat,ahli politik apatah lagi tauke-tauke arak dan disko.

Walau bagaimanapun hebat penganalisis politik itu walaupun bertahap profesor,profesor madya mahupun profesor kangkung,analisis politiknya adalah ditahap ruangan Minahleter di dalam majalah Gila-Gila kerana masih terperangkap di dalam demokrasi sempit,di mana demokrasi Malaysia ini masih berada di bawah politik NEW WORLD ORDER.Sebab itu umat Melayu Islam semakin berpecah.Dari satu parti iaitu Umno,menjadi dua;Umno dan Pas dan melewati alaf baru berpecah menjadi tiga;Umno,Pas dan PKR.Ini adalah perkembangan yang bagus.Cemerlang,gemilang dan terbilang.

Secara jujur,parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit Melayu.Umno tidak boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang disenangi oleh British.Sebagaimana biasa,setiap negara majoriti orang Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun menjalankan hukum-hukum Islam.Semua organisasi berhaluan kiri mahupun berfahaman Islam sama ada dicantas ataupun disekat oleh British.Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh penjajah itu.Mengapa?

Lord Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata,

"Penjajah-penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah. Kalau ada pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah, merdekakanlah negara itu."

Sebab itu apabila Malaysia direstui kemerdekaannya,perkara pertama yang mesti diterima oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William Reid,seorang Freemason (tentera elite Dajjal The Antichrist) dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini.Common Law mesti berada di atas undang-undang Allah yang menciptakan Lord Reid,Cobbold,Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.

Tetapi bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam?Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?Tidakkah British terfikir tentang ini?

Hmm...ini semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi.Organisasinya,ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini.Apabila melepasi tahap kepercayaan British yang ketat,barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.
Buktinya Malaysia telah wujud pada tahun 1937,


"Baliklah orang putih yang kulit merah, tinggallah orang putih yang kulit hitam manis."

(Lord Cromer)


Hanya orang yang sanggup menjadi boneka sahaja layak untuk dipercayai.Tetapi jangan terburu-buru menyalahkan Tunku,mungkin beliau tahu tetapi beliau sudah tiada jalan lain atau sudah TERPERANGKAP!

Kesalahan besar Umno ialah masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka.Mungkin alasan mereka adalah kehadiran orang-orang India dan Cina menghalang undang-undang syariah dijalankan.Alasan ini tidak boleh diterima,padahal ke atas orang-orang Islam sendiri pun,undang-undang Tuhan masih dibakulsampahkan.Orang Islam yang berzina dan minum arak,masih menggunakan undang-undang Common Law.Malah apabila mahu menjalankan undang-undang Tuhan buat pertama kali (isu Kartika),heboh satu negara.Ada yang mengatakan undang-undang Islam kejam padahal dalam undang-undang Islam,orang yang menyebat dalam kes ini tidak boleh mengangkat sedikit pun celah ketiaknya,jadi fikirlah bagaimana kuat sebatan yang dilakukan berbanding kaedah sebatan mengikut Common Law (tonton video penagih dadah yang disebat)
Ini adalah seangkatan dengan Sister In Islam yang memandang serong undang-undang Syariah tanpa mahu menyelami sedikit pun hikmah di sebalik hukum Tuhan,Allah Azza wa Jalla yang menciptakan dan memberi rezeki kepada para ahli Sister In Islam dan sewaktu dengannya.

Pelajarilah undang-undang Islam sebelum membuka mulut tentangnya.Manusia benar-benar menjadi MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIFAHAMINYA.

Bagaimanakah orang bukan Islam dapat melihat hikmah di sebalik hukum Allah sedangkan orang Islam sendiri ragu-ragu dengan hukum agamanya sendiri?

Maka para ulama dan pendukung agama pun semakin resah dengan tidak-tanduk Umno yang semakin 'selamba' meneruskan undang-undang penjajah.Jika mengambil tindakan mendiamkan diri,maka sesungguhnya hidup ini sementara.Sudah tentu apabila di alam barzah,para ulama inilah yang paling berat seksaannya kerana menjadi 'ular dalam semak' mendiamkan diri menjadi ulama bisu dan pekak.Tuhan hanya mahu menguji.Siapakah yang mahu menjalankan hukum-Nya,siapa yang membakulsampahkan hukum-Nya.Tuhan tidak rugi apa-apa.Yang rugi adalah manusia sendiri.

Jika mengambil tidakan militan,memberontak dan berjihad secara mengangkat senjata,sudah tentu akan mengorbankan saudara sebangsa dan seagama sendiri.Sudah pasti pula,British akan kembali ke Malaysia dan menjajah kembali atas alasan membantu menghapuskan fahaman ekstrem dan keganasan.

Ini adalah ujian yang amat getir bagi para pencinta agama.Namun apa yang dilakukan oleh para Liberal dan Sekular?Mereka masih enak merompak harta rakyat dan menjilat buntut penjajah yang diharap memberi sesuap nasi untuk mereka hidup.Mereka tidak ada fikir dan risau akan masalah umat.Mereka lebih risaukan perut mereka sendiri.

Kita harus risau dan mesti keluar dari kepompong politik sempit kepartian.Dari dunia ribut di dalam secangkir cawan dan politik kekampung-kampungan.
Kita wajib keluar dari kepompong 'childs'.Berpolitik tidak salah,tetapi perlu ada agenda.Berpolitik tanpa agenda hanya akan mendedahkan diri kepada kekeliruan.Misalnya jika seseorang pemimpin itu lompat parti atau menubuhkan parti yang baru,golongan 'childs' akan mengikut tanpa bertanya dengan jelas "Apakah agenda dia sebenarnya?".Jika anda berpolitik semata-mata untuk menegakkan Ketuanan Melayu,maka kaedah politik anda sebenarnya telah lama dimuziumkan.Cuba bertanya sendiri,adakah Melayu itu benar-benar menjadi 'Tuan' di bumi Malaysia ini setelah 52 tahun merdeka?Jika anda berjuang atas nama menegakkan hukum Allah misalnya,apakah 'blueprint' anda?Sudahkah anda bersiap sedia dengan segala kertas kerja anda.Bagaimana perancangan ekonomi anda?

Sistem perundangan anda?Bagaimana dengan barisan kepimpinan anda?Ingatlah,perkara yang baik itu tidak akan berjaya kerana salah pengurusannya,dan perkara yang batil itu ,kerana tersusun strategi,terpimpin pengurusannya,pasti akan berjaya dengan izin-Nya.

Maka para pencinta agama,terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan;masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang ke di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand(Dajjal The Antichrist) tersenyum melihat perangkapnya mengena.Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap, di sini pun perangkap.

Perbalahan antara Pas dan Umno ibarat perbalahan keluarga yang kompleks.Umno ibarat adik yang degil dan suka berpeleseran,suka mendengar kata-kata kawan-kawan yang rosak,tidak mahu sembahyang dan suka memasang radio kuat-kuat.Pas pula adalah abang yang garang.Abang yang pernah mengaji agama dan faham hukum-hukum agama.Si abang terus memarahi si adik,merotannya dan mengingatkan tentang balasan Tuhan,namun si adik merasa tersinggung dengan sikap abang.Jauh dihati kecil si adik,sayang terhadap agama itu masih ada namun dirinya amat lemah dengan godaan dunia dan nafsu.Namun cara si abang amat dibencinya.Adik mula memaki hamun abang dan kemudian giliran abang pula yang berkecil hati dengan si adik.Kemudian masing-masing menjauhkan diri.

Pas kena berperang menyampaikan dakwah kepada saudara-saudara dalam Umno,bukan menyampaikan ilmu kepada sesama ahli sahaja.Pas mesti menekankan agenda dakwah menegakkan hukum Allah bukan agenda politik Pas semata.JIka Pas lebih berpolitik dari orang lain maka Pas akan dihina Allah lebih teruk dari para Sekularis dan Materialis.Kini ada tangan-tangan yang ingin menumbangkan apa yang dipanggil 'Kepimpinan Ulama' dalam Pas.Inilah akibat mengabaikan dakwah dan tarbiah maka konsep 'memprofesionalkan golongan ulama,mengulamakan golongan profesional' tidak sampai malah memakan diri dari dalam.

Golongan profesional dibiarkan berkokok sendiri dan tidak ditarbiah,maka mereka mengadili perjuangan Pas ini begitu sempit seperti parti-parti sekular dan sosialis yang lain.

Fikirkan.Pas selamanya tidak akan dapat memerintah Malaysia jika majoriti umat Islam di sini masih buta agama sendiri.Kebanyakan mereka masih tidak tahu bahawa agama mereka mempunyai sistem ekonomi sendiri,sistem kekeluargaan dan SISTEM PEMERINTAHAN lengkap dengan undang-undang dan peraturan.Apa yang mereka tahu adalah fardhu ain,fardhu kifayah...fardhu ain,fardhu kifayah.Tetapi adakah mereka tahu tentang FIQH JENAYAH? Sebenarnya kebanyakan mereka tidak sedar ketika mereka berurusan dengan perbankan berasaskan syariah,mereka telah menyentuh FIQH MUAMALAH dan ketika berkahwin,mereka belajar tentang FIQH MUNAKAHAH.Tetapi dimanakah mahu dicampak fiqh jinayah iaitu sistem pemerintahan Islam?Sebab itu jika Pas kuat dalam lapangan dakwah,maka pada masa yang sama politik Pas juga akan kuat.

Kehadiran DAP memburukkan lagi suasana.Pas yang terdesak kerana masih tenggelam timbul dalam pilihanraya terpaksa bekerjasama dengan DAP untuk sekurang-kurangnya menidakkan majoriti Umno/BN.Ini kerana pada fikiran Pas,Umno sudah rosak dan jalan lain perlu dicuba untuk menafikan penguasaan Umno.

Mungkin sini ada kesilapan Pas.Pas bekerjasama dengan orang yang punya agenda yang lain.Agenda yang lebih sadis dan berbahaya.Pas wajid peka dan berhati-hati dengan Pakatannya.

Apabila terdapat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,Pas rasa berjaya kerana dapat menguasai masjid dan surau dengan selesa.Ilmu agama dapat sampaikan dengan selesa.Namun pencacai Yahudi punya agenda lebih besar.Tidak perlu pergi jauh-jauh.Cuba kaji isu arak di Selangor.Pas Selangor cuba mempertahankan prinsip agama namun ia bukan sahaja diperleceh oleh orang bukan Islam malah dari kalangan Pas sendiri (mungkin ada api dalam sekam,siapa tahu?) semata-mata untuk menjaga kesatuan dalam Pakatan Rakyat.Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat lebih suci dari tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar?

Inilah demokrasi ciptaan Yahudi (tentera elite Dajjal The Antichrist)yang penuh tipu muslihat.Kepada Pas,demokrasi bukanlah semata-mata suara ramai,itu propaganda sahaja,banyak kepincangan,keburukan bukan kebaikan.Itu kulit sahaja.
article asal: MistisFile.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More