LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 5, 2015

Hakikat Sedih Dukacita


Wahai Sedih juga Dukacita.
Mengapa Kau hadir ke dalam jiwa manusia?
Kau membuat Ku bingung,
Apakah Aku tak boleh untuk selamanya gembira?
Aku juga tak pernah menjemput mu,
tapi kau tetap jua singgah tiba ke jiwa Ku,

Kadang Aku sendiri tidak mengerti mengapa Aku bersedih?
Kau tiba-tiba saja hinggap tanpa Aku ketahui punca,
Apakah Kau memusuhi Aku?
Mengapa Kau wajib singgah ke dalam jiwa manusia?

Penat Aku mencari jawapan ini,
Semua kejadian keliling ku Aku teliti,
Barulah hakikat Kau Aku temui,
Hakikat Sedih dan Dukacita itu.

Wahai Sedih juga Dukacita,
Rupa-rupanya kau punya 1001 keindahan,
Yang tidak dapat Aku tolak dan memaksa kau menghadiri jiwa ku,
Dakaplah Aku, Rapatilah Aku,
Kerana Kau mengepit Aku untuk kembali berasa Bertuhan!

Kadang Aku Solat ketika gembira,
Tapi solat Ku lebih khusyuk tika sedih datang.
Kadang Aku membaca Al-quran tika gembira,
Rupanya bacaan Alquran ketika bersedih lebih mendalam mengubat jiwa ku.
Aku Sedih kerana Dunia,
Rupanya Sedih membawa Aku Cinta Akhirat.
Membawa Aku pulang mengenal Tuhan Ku.

Wahai Sedih juga dukacita...
Peluklah Aku,
kerana Aku sering lalai dikala gembira,
Patutlah Kau mendekati Aku sentiasa,
Rupanya ia tanda Tuhanku sentiasa mengigatiku dan mengingatkan ku,
Aku sahaja yang selalu melupakannya,
Patutlah Kau merapati Aku,
Rupanya Kau ingin memberikan Aku nikmat dan rezeki yang lebih bahagia,
Patutlah.. rupanya Kau ingin mengajar Aku mengenal syukur,
Patutlah rupanya Tuhanku ingin mengampunkan banyak dosa ku,
Patutlah rupanya Tuhanku ingin meninggikan darjatku,
Takkan lah ingin Aku tolak ini semua?
Manalah nampak Itu adalah gembira jikalau Sedih tidak menjelma,
Manalah nampak Itu adalah Sedih jikalau Gembira tidak muncul tiba.

Terima Kasih Ya Allah,
Bimbinglah Aku,
Agar Aku kurang bersedih kerana Dunia,
Darah yang mengalir dalam tubuh pun kau tahu,
Penyakit dan Ujian yang sebelum, semasa dan selepas pun Kau tahu,
Apalah sangat Aku, untuk tidak menerima ketentuan mu,
Cukuplah wahai Allah dalam diri ku.


  Edikoup 
-5 mei 2015-

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More