LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 30, 2011

Surat Cinta KEKASIH




Di saat Merpati pagi terbang pergi mencai rezeki, disaat semut-semut keluar mencari kek-kek didapur, mencari gula sebagai sumber tenaga juga makanan untuk-untuk anak-anak mereka. Bulan juga matahari yang sentiasa taat dan patuh berputar di atas orbit masing-masing. Dan Sudah pasti tindakan-tindakan mereka ini mempunyai matlamat  yang ingin dicapai. Sudah pasti tindakan mereka ini mempunyai hasil masing-masing,. Begitu juga penciptaan manusia sudah pasti ada sebab ia diciptakan. Begitu juga Al-Quran yang diturunkan Allah. Sudah pasti ada manfaatnya untuk makhluk dan manusia.


Banyak persoalan yang timbul dalam jiwaku tentang manusia terhadap Al-Quran bilamana melihat  perkembangan semasa dunia. Apa agaknya yang menjadi faktor utama kepada kebobrokan nilai akhlak manusia juga hilangnya ketamadunan manusia. Nilai-nilai buruk yang sudah menjadi adat pada manusia
Alangkah indahnya kitab panduan manusia ini. Dikeluarkan dari pengeluar yang maha hebat,pencipta segala sesuatu iaitu Allah, produk yang merupakan susunan  Kata-kata yang sungguh teratur dan tersusun untuk diberikan kepada manusia. Namun alangkah ruginya produk yang cukup bernilai ini tidak digunakan manusia.
Tidak ada syair atau puisi sehebat Al-Quran, tiada kata-kata seindah Al-Quran sehingga tidak ada satu jenis makhluk pun yang mampu meniru kata –kata dalam Al-Quran. Gaya bahasa yang cukup indah diikuti dengan bait-bait  yang menarik,yang mempunyai makna yang cukup hebat sehingga kadang-kadang sukar untuk manusia biasa yang tanpa ilmu hendak menafsirkannya. Tidak terkata dengan lidah,tidak terungkap dengan luahan rasa.
Allah amat menyintai hambanya. Bahkan jika digambarkan kasih sayangnya itu lebih hebat daripada kasih sayang sepasang manusia yang sedang berkasih. Manusia bercinta sehingga sanggup sehidup semati, sanggup meredah lautan api, hutan Amazon dan sebagainya. Tetapi manusia boleh melakukan itu bilamana hadir kasih sayang dari kekasihnya. Hal ini cukup berbeza dengan Tuhan manusia yang namanya  Allah pencipta langit dan bumi. Meski manusia itu lupa dan tidak kasih kepadanya tetap Dia memberikan rezeki,diberikan anggota,hati dan perasaan & sebagainya. Bahkan “surat cinta” nya sentiasa diberikan kepada hambanya. “Surat cinta” iaitu Al-Quran. Surat cinta yang melambangkan cintanya kepada hambanya. Surat cinta yang sentiasa memberikan panduan untuk hambanya, nasihat untuk hambanya,tunjuk ajar untuk hambanya. Dia mahu melihat hambanya sentiasa terbimbing dan menjadi yang berjaya. Sepertimana juga manusia yang akan memberikan yang terbaik untuk kekasihnya. Mahu melihat kekasihnya berjaya. Dan sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik untuk kekasihnya.
Namun berlainan dengan sifat manusia yang Egois ini, yang sentiasa merasakan dirinya lebih besar. Surat cinta dari tuhannya tidak diambil peduli. Seolah-olah Al-Quran ini tidak wujud dalam dirinya. Membacanya sebulan sekali,setahun sekali mungkin juga seumur hidup sekali bilamana  ketika hendak menikah,mengucapkan syahadah dan membaca Al-fatehah dihadapan Qadi ataupun ketika mana mayat hendak dikuburkan dibacakan Yasin kepadanya .. Kerana mereka mengaggap Al-Quran ini suatu istilah yang banyak membuang masa mereka. Lebih baik bekerja, dan membuat kerja lain yang boleh mendatangkan keuntungan. Hakikatnya, adakah kita sudah membaca surat cinta ini hari ini? berapa banyak ayat Al-Quran kit a baca dalam sehari? Berapa banyak dihayati dalam masa setahun? Dan hakikatnya ADAKAH KITA MENCINTAI ALLAH SEBENARNYA???? Realitas yang berlaku Ramai manusia yang tidak tahu membaca Al-Quran.
Alangkah ruginya kita sebagai muslim seandainya tidak mengkaji Al-Quran. Kehebatan Al-Quran dalam menjelaskan isu-isu berkaitan manusia,sains, sejarah bahkan Al-Quran menceritakan tentang peristiwa yang akan datang. Tiada  kitab atau buku yang dapat menandingi kehebatan Al-Quran.

"Sebenarnya al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu, dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." 

(al-Ankabut : 49) 






Dan ketahuilah wahai teman-teman yang aku kasihi. AL-Quran BUKAN dari MAKHLUK, tetapi dari TUHAN yang mencintai kita.

"Katakanlah : Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa al-Qur'an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya sekalipun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain." 

( al-Isra' : 88 )



Justeru itu,sesiapa yang ingin belajar membaca Al-Quran bersama saya boleh lah menghubungi saya. insyaAllah sama-sama kita bawa kemurnian dan keindahan ISLAM dalam diri kita.. (^____^)..
-013-9412448-

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More