LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, September 5, 2009

Sahabat






sahabat... bile bercakap soal sahabat,sangat luas makna ungkapan itu untuk di terjemah dan sungguh besar disebalik makna sahabat itu.. namun. aku bersyukur kerana mempunyai ramai sahabat-sahabat yang sanggup berjuang bersama-sama ke gelombang pertempuran bersama dengan ku. tp, kali ini aku ingin mengecilkan sedikit skop sahabat itu. hati ini rasa ingin bercerita tentang sahabat dan juga rakan yang seangkatan dengan ku di kampus ini. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya kononnya.. Jadi nak dijadikan ceritanya, di dalam susun atur kelas itu, aku telah di takdirkan dan dikumpulkan dalam satu kumpulan
iaitu kumpulan 4 atau yang lebih famous di sini ia di panggil majmuah 4 sebab setiap kelas di sini di gelar dengan majmuah..
hmmm, jadi sementera itu, setiap sem akan adalah seorang ketua ataupun masu'l la kalau di panggil kat sini, kalau dekat sekolah dulu di panggil ketua kelas. tapi, same jea function nye. kalau dulu time semester 1 masu'l aku fahmi namenye,. name sbananye mohd fahmi bin zawawi. n aku time 2 jadi biro displin partner aku kak afiza. partner fahmi plak time 2 budak selangor macam aku jugak, name die aini aisyah.skrg ni die pun da sambung kat mesir ...ermmm,,,... nok oyaknya, best jgk ble de majmuah yg best ni. sebab banyak program kitorang wat same2.. wat iftar same2, raye same2, menjual kat gerai same2.. banyak lagi la..

Hidup dalam bersahabat, mempunyai kerjasama,satu fikrah memang ssua2 yang indah dan memudahkan gerak kerja. nak di jadikan citer majmuah aku ni memang tak de banyak masalah.
sumenye ok. sbb nye pemimpin yang mendominasi adalah orang yang layak, bertanggungjawab dan berwibawa.segala perancangan aktiviti majmuah terancang dan bersistematik. sistem kaderisasi pun berjalan lancar tanpa sekatan lalu lintas.kelas sume pun dapat di selaraskan dengan baik.dan hasilnye kitorang sume sebagai ahli majmmuah pun rase seronok, rasa kekuatan ukhwah antara sahabat-sahabat.dah rase macam adik eradik da pun. tapi bukan rase macam suami isteri tau.. ibarat kate pepatah "bagai air di cincang tak akan putus".

Tapi... bukan itu isu yang utama yang ingin aku sampaikan kepada sahabat-sahabat di luar sana.aku ingin membawa satu rentetan peristiwa pemerintahan, dulu sultan yang pertama memerintah dan sekarang dah sampai sultan yang ke-3 plak da.hmmm... lupe nak bagitau, bile mana masuk semester ke-3 ni, muslimin majmuah aku mejoriti nye adalah pimpinan kampus. dah la insan-insan terpilih dalam majmuah aku ni 8 orang jea,. yang tak pegang pimpinan 2 orang jea.. mungkin di antara sebab nya ketandusan pimpinan kot..jadi zaman kegemilangan majmuah aku ni pun seolah-olah hampir di ambang kemusnahan. bila mana hari demi hari, bulan berganti bulan, tahun baru tukar kelendar baru, ahli-ahli majmuah aku ni plak da makin wat karenah, tapi bukan karena kapoor la. masing-masing dah mule tunjuk belang masing-masing. kalau dulu monyet takut nak tegur aku. tapi sekarang nie monyet dah berani nak masuk rumah aku,kalau dulu Pak Aji takut nak cabut gigi dia, tapi sekarang Pak Aji dah berani nak cabut gigi orang lain.. segala perubahan berlaku secara drastik yang dulu siqoh konon nye dah jadi galok bahasa kelantannye, yang dulu wara' dah lupe kulit dia yang dulu... TAPII,
yang paling nak di jadikan citer perkembangan majmuah aku ni da semakin merosot, ahli majmuah da hilang komitmen, kadang-kadang info tak sampai. jadi ahli tak dapat nak komit sebab lost contact. yang timbul salah faham antara ahli sampai bertengkar pun ade, yang jadi penghasut pun ade, pendek kate macam astro jugak la majmuah aku nie. macam-macam ade..
aduh tak tau nak wat gane.? orak reti arek gaye koyo po.? efect nye ahli-ahli pun dah makin hilang kemanisan bersahabat. tak semesra dulu,tiada lagi cinta, sayang-sayang,impian kasih,sutera kasih,tak seperti dulu. cheeewwaaaahh bak kate izzah.

NAMMUNN,rentetan cerita di atas, permasalahan di atas bukan lah faktor utama timbul nya perpecahan ataupun kemusnahan ataupun hilangnya ukhwah. ALLAH sudah menciptakan hambanya dengan segenap keistimewaan, segala kehebatan, di berinya akal yang tidak seperti akal lembu, di lantik nya manusia ini sebagai khalifah di muka bumi bukannya jin dan syaitan sebagai khalifah,tetapi manusia juga yang di pilihnya... namun manusia yang mempunyai sifat rakus ini tetap mahu memberontak hati nya ingin memusnahkan sahabat-sahabatnya yang lain. dengan kekuatan dan kekuasaan yang di berikan, tangan mereka ini cuba merosakkan dunia mereka sendiri. tidak pernah mengambil iktibar dari kisah-kisah umat terdahulu.kepimpinan yang di pertanggungjawabkan kepadanya di anggap sesuatu yang enteng, mengambil mudah tanggung jawab yang di berikan. HAKIKAT sebagai seorang HAMBA yang MAHA ESA, jadilah insan yang sentiasa menjadi untuk menjadi yang terbaik, melakukan tanggung jawab yang di berikan dengan sebaik mungkin. tidak diberikan bebanan kepada seseorang kamu melainkan kamu mampu untuk memikulnya.. iman dan takwa sumber hubungan dengan ALLAH. majulah malaysia untuk islam.

hmmm,.. terima kasih kerana masih setia dengan aku kat sini, kepada bakal pimpinan majmuah 4 akan datang, semoga semakin tabah dan cekal memimpin majmuah ni,. jangan degil2 nnt bagitau mak sebab dorang sume nakal. lagi-lagi si syis 2. yang jatuh tidak semestinya tidak akan bangkit, yang jatuh pasti akan bangkit. sebab dah jatuh sakit,mesti nak bangun nak g cari ubat kea, nak call ambulan ke kan,. dan juga bilamana ada zaman kemerosoton pasti ada zaman kegemilangan. kite tak kan duduk statik jea tanpa pergerakan dan perkembangan. mari kite tunggu zaman yang akan muncul masa akn datang. adakah semakin teruk?? adakah gemilang sepertimana zaman Umar Abdul Aziz?? adakah itik mengeluarkan telur emas lagi?? ataupun itik da mandul?? ayuhhh!! same2 kite nantikan kemunculan nya.. tungguuuuuuu.............

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More