Aku lah pemimpin
Aku seorang pemimpin kepada diri ku,
Aku juga pemimpin kepada keluarga ku,
Dan aku juga pemimpin kepada manusia sekitar ku,
Dan aku tahu aku bukanlah pemimpin yang baik,
Kerna aku tahu aku masih lemah dan banyak lagi melakukan dosa kepada Mu,
Dan aku juga teramat takut dengan amanah mu,
Aku sentiasa berfikir untuk menyelasaikan amanah mu,
Kerna aku khuatir akan jawapan ku di akhirat kelak,
Dan aku tidak sanggup menahan azab pedih mu,
Sedarlah wahai jiwa yang kerdil ini,
Apa matlamat mu sebagai pemimpin dunia mu?
Adakah kau ingin kenyang disaat rakyat mu berlapar,
Adakah kau ingin nama mu dijulangdi saat rakyat mu terseksa?
Adakah kau ingin hidup selesa di saat rakyat mu hidup sengsara menderita?
Biarlah kita yang berduka disaat rakyat bergembira,
Biarlah kita yang sengsara asal rakyat bahagia,
Biarlah rakyat cemerlang asal kita terkorban,
Pemimpin yang dilahirkan untuk membela rakyat,
Pemimpin yang bermati-matian kerana rakyat,
Pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja asal orang lain selesa dan gembira.
Dan Pemimpin yang terseksa dahulu sebelum rakyatnya.
Jadilah diriku ini pemimpin yangdemikian,
Kerna aku tahu aku akan ditanya tentang urusan amanah ini satu persatu,
Aku juga pasti aku tidak lagi boleh mengelak atau lari dari soalan itu,
Semoga kau kuatkanlah diri ini YA ALLAH,
Aku ini hamba mu yang kerdil lagi banyak dosanya,
Apatah lagi Iman ini masih lemah dan selalu gagal mengawal nafsu,
Aku juga tidak mampu menjadi seperti Umar Abdul Aziz apatah lagi mampu menjadi sepertimana kepimpinan Rasulullah..
Jangan lah kau jadikan NERAKA itu tempat ku kerana aku gagal menjaga amanahmu.
Tapi jadikanlah amanahku jalan menuju SYURGA mu.
0 comments:
Post a Comment