LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG

Salam perkenalan, Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya memberikan kebaikan dan manfaat untuk tambahan amal kita di negeri Akhirat kelak.

ISLAM ITU INDAH

Mencari yang RAHSIA dan TERSEMBUNYI, cukup dicari bermula dengan ISLAM

BAHAGIA HIDUP

Mencari Bahagia bukan bila melihat orang lain atau ingin seperti lain. Bahagia datang dari dalam diri. Diri sendiri yang boleh mebahagiakan bukan orang lain.

UJIAN

Tiada manusia yang tidak diuji. Lepas ada ujian baru boleh naik pangkat, naik gaji. Beruntunglah bagi mereka yang diuji.

MEMBERI

Erti hidup pada memberi. Bagaimana hendak menerima kalau tidak pernah memberi. Tidak akan rugi bila memberi.

Monday, April 4, 2011

Dua suap nasi please!!


Hidup ini sungguh indah dan maha hebat bagi yang dapat menghayatinya. Dan aku semakin lebih mengerti erti kehidupan yang sementara ini. Pernah satu ketika di waktu petang. Mentari sudah mula bergerak  mahu tenggelam dan meniggalkan aku. Dan pada ketika itu aku berjalan bersiar-siar sambil menghayati panorama dunia. Jam menunjukkan masa  4.15 minit petang. Diwaktu itu, satu situasi telah mengunci pandangan ku untuk tidak berganjak kemana-mana melihat apa yang berlaku sewaktu tiba di sebuah kawasan dihujung taman perumahan itu sewaktu sedang berjalan-jalan. Apakah yang sedang dilakukan Pak Cik itu? Kenapa dia berbuat sedemikian? Bagaimana dia sanggup melakukan hal ini? Adakah ini kehidupan manusia yang normal?

Wednesday, March 30, 2011

Surat Cinta KEKASIH




Di saat Merpati pagi terbang pergi mencai rezeki, disaat semut-semut keluar mencari kek-kek didapur, mencari gula sebagai sumber tenaga juga makanan untuk-untuk anak-anak mereka. Bulan juga matahari yang sentiasa taat dan patuh berputar di atas orbit masing-masing. Dan Sudah pasti tindakan-tindakan mereka ini mempunyai matlamat  yang ingin dicapai. Sudah pasti tindakan mereka ini mempunyai hasil masing-masing,. Begitu juga penciptaan manusia sudah pasti ada sebab ia diciptakan. Begitu juga Al-Quran yang diturunkan Allah. Sudah pasti ada manfaatnya untuk makhluk dan manusia.

Tuesday, March 22, 2011

Di sebalik TRAGEDI



Alangkah indahnya bumii ini diciptakan oleh Sang Pencipta, setiap hari aku tidak pernah puas menyelongkar khazanah disebalik khazanah alam ini, alangkah  cantiknya pandanganku bilamana  aku melihat cinta dan kasih diberikan dari Sang Pencinta kepada Pengharap Cinta sepertiku. Aku seolah-olah tidak mampu meneka menerjah sejauh mana dalamnya kasih Sang Pencinta. Kenapa aku katakan dia adalah “Sang Pencita”??? Jawabannya kerna dia(Allah) sentiasa memberikannya CINTA meski umatnya tidak cinta kepadanya,tidak merasa cinta daripadanya, tidak pernah memikirkan CINTAnya..

Aku mula menyelesuri titian masa muda ku ini dengan kajian. Aku menganalisis tentang cerita “Keindahan Tsunami Jepun”… “Eh ko GILER ke? Orang kene tsunami tu ko kate indah!” bak kate seorang rakan aku.

Tuesday, November 23, 2010

Sudah berapa jauh "preparation" kita?

Salamalaik.. Alhamdulillah ketika ini kita masih lagi diberikan kudrat kekuatan oleh Allah untuk bertebaran di muka bumi Allah, menjalankan tugas sebagai hamba juga khalifah di muka bumi ini. Lama sudah kiranya aku tidak mencoret diruangan ini. ok baiklah. hari ni aku sebagai "Pencoret" ruangan ini ingin berkongsi sebuah kisah yang aku sendiri lalui.

Sunday, October 3, 2010

Sayangnye teman wanita ku....

"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua? Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan?"
"Kenapa kita tak macam tu? Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan."
"Bukan setakat 'paun', nak pergi 'potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee..."
"Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey, teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik... Hmm..."

Tuesday, August 10, 2010

Mendamba Pemimpin Muda

Belum lama pasukan Mu’tah itu berada di Madinah. Perihal kemenangan umat Islam pada perang terbesar dalam arena sejarah Islam di zaman Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam itu masih hangat dibincangkan.
Pasukan besar itu baru sahaja beristirehat. Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam kembali mengirimkan satu pasukan baginda. Kali ini ke Dzatul Salasil yang diketuai Amr Bin Ash. Misi utamanya memberikan “pengajaran” kepada suku Qhudhaah atas penglibatan mereka membantu pasukan Rom dalam perang Mu’tah.


Saturday, February 13, 2010

Kemana arah tuju Islam di Malaysia??

"Jika anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama, kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More