LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 22, 2011

Tiada Erti Putus Asa





Apa agaknya terjadi dengan dunia ini akan datang,
Apa pula agaknya terjadi dalam hidup ku,
Bagaimana agaknya pengakhiran hidup ku?

Aku manusia biasa,
Aku manusia lemah, dhaif dan tak punya apa-apa,
Aku manusia miskin tidak berharta,


Hari ini aku seolah-olah tensyen atau stress dengan hidup ini,
Dibebani dengan macam-macam tanggungjawab,
Asyik saja memikirkan soal orang lain,
Jarang sekali memikirkan tantang hidup sendiri,
Amanah begitu banyak, di tambah lagi dengan cita-cita ingin menakluk dunia,
Yang mana satu ingin dicapai,
Aku bersa lemah dan tidak mampu memikul bebanan ini,

Tapi…
Adakah aku akan berhenti hanya sekadar ini?
Aku masih mampu untuk berdiri,
Aku masih mampuuntuk berjalan berdiri dan berlari,
Aku masih punya anggota tubuh yang lengkap dan akal yang waras kurniaan Allah,
Aku tak akan berhenti di sini.
Aku bukan orang yang mudah patah semangat,
Aku bukan juga orang yang pengecut,
Aku bukan orang biasa,tapi luar biasa.

Ayuh cabaran datang kemari,
Akan ku cincang mu habis-habisan,
Ayuh ujian datang kemari,
Akan ku lawan mu sehingga aku mati,

Kerana aku tahu.
Aku punya Allah yang maha kuasa,
Aku punya Allah yang maha besar,
Tidak ada sesiapa boleh mengalahkannya,
Aku YAKIN dengan perjuangan ku,
Ku anggap segala cabaran, ujian dan dugaan ini mematangkan ku,
Segalanya inilah yang akan membawa ku jauh menakluk dunia,
Sebagai bekalan kekuatan ku,
Keluarga, ibu ayah,wang, kemiskinan, kefakiran bukan faktor aku menyerah kalah,
Selagi aku disini masih hidup,
Akan ku teruskan perjuangan ini,
kerana aku YAKIN dengan perjuanganku,
meski aku terkoran akan ada tempat disisi RABBI nanti..

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More