LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 15, 2012

Sang Murabbi




Tanggal 14 jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433 hijrah, jam 6.30minit petang.
Satu peristiwa bersejarah telah berlaku dalam dunia gerakan Islam. Seorang Murabbi yang selama ini aku kenali telah meninggal dunia. Dia seorang manusia yang cukup matang dan berpengalaman dalam gerakan Islam . Seorang tokoh yang menjadi rujukan oleh sesiapa sekalipun termasuk ahli politik terkemuka dalam negara juga pemimpin gerakan Islam luar negara. Siapa yang tidak mengenali Ustaz Yahya Othman atau lebih mesra dipnggil Ustaz Ya. Seorang yang mesra dan tegas dalam berucap. Baktinya terhadap gerakan Islam dan arena dakwah di Malaysia sungguh luar biasa. Dan dengan pemergiannya ini memanggil kembali aku untuk kembali menulis di khayalan maya ini.


Ingin aku kisahkan kembali beberapa pesanan dan nasihat beliau yang mungkin dapat menambahkan motivasi dan kebaikan kepada kita semua khususnya ahli gerakan Islam. Pesanan yang aku kira cukup padat dan mempunyai maknanya yang tersendiri sehingga mampu membuatkan ku menitiskan air mata dalam pelukannya dan beliau menyebut “ana sayangkan anta akhi” suatu ketika dulu. Kata-kata yang sentiasa terngiang-ngiang membisik ditelinga ku sehingga kini.

Dalam meredah arus dinamika dunia ini dan menjadi pejuang ,antara pesanan beliau ialah:

1- Mempunyai kekuatan otak dan fizikal

2- Jadilah orang yang cerdik dan berani.

3- Allah menjadikan orang rajin,orang malas, orang kaya, orang miskin, penakut dan berani adalah untuk kita saling membantu antara satu sama lain.

4-Sempurnakan dan persiapkan diri kamu untuk menjadi ketua.

5-Sentiasa membersihkan niat kerana Allah.

6-  قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُم  
surah Al-hujurat : ayat 14

Maksudnya : Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah Islam', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu;

7-  الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ  

surah Al-Baqarah: ayat 147
Maksudnya : Kebenaran itu adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

Walau bagaimanapun, Terdapat banyak lagi nasihat dan pesanan beliau yang telah diberikan, dan dalam setiap isi yang di berikan ini hanyalah sedikit dan ternyata penerangan yang dibuat oleh beliau lebih mendalam dan mempunyai makna yang tersendiri. 

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More