LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 29, 2016

Apakah itu Pandangan Mata atau Hati mu?


Baru-baru ni hangat sekali isu berkenaan wang hantaran sepasang umat Muhammad yang bakal melangsungkan majlis pernikahan tetapi gagal dan berakhir dengan tragedi pergaduhan. Diceritakan secara ringkas bahawa perkara yang berlaku adalah disebabkan oleh wang hantaran yang tidak mencukupi RM5000 daripada yang dikehendaki oleh keluarga pengantin perempuan bahawa sepatutnya adalah RM15000 dan akhirnya menyebabkan pergaduhan dan akhirnya pernikahan pada hari tersebut dibatalkan.


Maka menjadi viral lah kisah ini sehingga tersebarlah ia ke serata pelusuk tanah air Malaysia. Dan menjadi cerita yang diceritakan di mana-mana pejabat, lepak kedai kopi, media sosial terutamanya facebook. Dan tercemuhlah imej negatif bahawa yang bersalah adalah pihak pengantin perempuan kerana meletakkan hantaran yang mahal sedangkan bakal pengantin lelaki hanyalah seorang pengawal keselamatan. 


Lalu Aku tampilkanlah 2 gambar di bawah ini yang mungkin memberikan sedikit gambaran apa yang berlaku. 2 gambar yang kontradik. Dan Aku pun mengambil jalan tengah untuk lebih baik berdiam diri dari mengatakan sesuatu yang tidak pasti. 2 situasi yang sentiasa berlaku dalam kehidupan manusia dan kisah ini hanyalah sebagi contoh untuk Aku mudah menceritakan.



Situasi pertama : Menjadi orang  yang suka untuk melebel, menghukum atau mengkritik apa yang berlaku. Ini adalah yang biasa berlaku pada manusia yang negatif. Hidup nya suka untuk mencari kesalahan orang, suka melebel orang, suka mengatakan hal orang lain. Adakah kita golongan manusia yang begini? Padahal diri sendiri tidak lah begiu baik pun, cakap je lebih padahal lebih kurang. Sebagai contoh dalam isu dialah yang mengkritik, menghina keluarga pengantin perempuan. 

Situasi kedua : Golongan yang bersangka baik dan sentiasa positif. Menjadi orang yang memberikan idea pandang yang tersendiri berdasarkan situasi yang dilihat dengan mata nya. Mengkritik tapi membina, sebagai contoh dalam isu wang hantaran ini ramai yang komen bahawa zaman sekarang wang hantaran perlu murah, menjelaskan apa itu kewajiban dan apa itu adat, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Adakah kita golongan yang ini? Walaupun sebenarnya mereka ini sebenarnya tidak berada pada situasi keadaan ini berlaku dan memahami secara mendalam dan spesifik apa yang berlaku. 

Dan ingin aku menceritakan situasi golongan yang ketiga yang agak unik dan apabila mereka memandang adalah bukan dengan pandangan negatif atau pandangan positif tetapi memandang dengan mata hati. Iaitu pandangan melihat Allah dalam setiap apa yang sedang berlaku. Dia bukanlah memandang seperti situasi pertama iaitu golongan negatif, kerana Dia bukan penghukum manusia untuk mengatakan negatif. Dan Dia juga bukan golongan situasi kedua iaitu bukan golongan positif kerana Dia bukan yang menjadikan setiap perkara positif. Maka Dia menjadi golongan yang ketiga iaitu melihat Allah dalam setiap apa yang berlaku. Segalanya dilihat dengan mata hati. Kerana tidak menjadi baik sesuatu perkara jika Allah tidak menghendaki ia menjadi baik Dan tidak menjadi buruk sesuatu perkara jika Allah tidak mengizinkan ia buruk dan ia terjadi. Maka semakin dia melihat gelagat dan telatah manusia semakin Dia dekat dengan Allah. Kerana Dia mengetahui bahawa apa yang dilihatnya buruk tidak semestinya buruk dipandangan Allah, apa yang dilihat baik tidak tentu hakikat sebenarnya adalah baik dan segalanya  adalah terpulang kepada Allah yang menhendaki. Sebab itu kita melihat Rasulullah SAW tetap tenang walaupun sahabat lain gelisah ketika seorang yahudi kencing di dalam masjid ataupun ketika baginda dihina, dilempar dengan najis dan sebagainya.

Ingin Aku ceritakan bahawa Aku merasa senang dan tenang bila melihat telatah dan gelagat manusia. Kerana Aku mengenali bahawa setiap sesuatu itu sudah dirancang dan sentiasa terlaksana. Lalu siapakah Aku untuk menghukum atau mengkritk sedangkan Pencipta Ku yang mengurus segalannya dan Dia lah yang Maha Mengetahui dan lebih sempurna. Dia yang mengetahui apa yang zahir dan apa yang tersembunyi. Dia lebih mengetahui perkara yang sebelum, semasa dan selepas. Dan adakah Aku perlu berkira-kira terhadap perkara yang sedang berlaku? 

Sama juga halnya jika sesuatu perkara berlaku pada diri ku dan keluarga ku. Anak ku menangis di malam hari, Adakah aku patut menyalahkan anakku yang sedang menangis di waktu malam sedangkan menangis itu kerana dia sedang lapar. Dan lapar itu dianugerahkan Allah untuk aku berbuat kebaikan kepada anakku dengan memberikan makanan. Dan pemberian ini menjadi timbangan kebaikan untuk aku ke syurga kelak. Cukuplah Allah yang menjadi bekalan ku.


Hidup di zaman ini,
Bukan tidak mengetahui,
Kadang lebih baik berdiam diri,
Sibukkan sahaja dengan urusan diri,
Demi untuk menjaga hati.
Siapa yang mengenal tidak akan sangsi,
Tiada yg tersilap melainkan pandangan diri,
Melihat segalanya indah di sebalik yang majazi.


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More