LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 13, 2009

MAHASISWA PENCETUS REVOLUSI PEMBANGUNAN UMMAH?



         Satu persoalan yang ingin dibangkitkan di ruang maya ini.. Apakah benar mahasiswa pencetus revolusi pembangunan ummah? Apakah benar mahasiswa itu mampu melakukan satu revolusi atau perubahan secara drastik? Dan apakah wajar mahasiswa itu melakukan revolusi? Jawapan di tangan anda wahai insan yang bergelar mahasiswa. Anda lebih layak untuk menjawab persoalan ini.
Saat ini aku terpanggil untuk menulis satu cetusan ilham yang sekian lama terpendam. Revolusi? Pembangunan ummah? Masyarakat? Perubahan? Perubahan secara mendadak? Perubahan secara perlahan? Atau evolusi? Bagaimanakah yang ingin aku maksudkan?
Ayuh kita teruskan rungkaian segala persoalan ini. Persoalan yang akan tetap menjadi igauan dan bayangan kepada mereka yang masih ragu-ragu dengan peranan mahasiswa. Aku telah terpanggil untuk menulis tentang persoalan ini setelah aku dipanggil sebagai pencetus idea dalam masyarakat ku. Masyarakat hari ini memerlukan kita wahai jiwa-jiwa mahasiswa. Di dalam kebejatan masyarakat hari ini mereka sebenarnya memerlukan kita, mengharapkan kita.
Pernah satu ketika aku telah di panggil untuk menjadi pemberi tazkirah di satu kuliah subuh di salah sebuah masjid yang agak terpencil di negeri Selangor, yang tidak jauh dari kediaman ku. Dan kali ini aku telah dipanggil sekali lagi untuk member i tazkirah. Atas permintaan yang begitu mendesak dari imam dan juga sebagai ustaz ku di sekolah rendah dahulu,maka aku laksanakanlah amanah ini dengan setulusnya. Memberikan sedikit tazkirah kepada beberapa orang hadirin setelah selesai subuh berjamaah. Meskipun diri ini langsung tidak bersedia. Lalu aku telah mencetuskan satu tajuk iaitu “tanggungjawab dan peranan manusia”. Hal ini kerana aku melihat hadirin majoritinya adalah kepimpinan masjid dan juga bapa, serta melihat kepada kebobrokkan masyarakat sekitar ku. Tazkirah yang aku kira lebih kurang 30 minit itu akhirnya berakhir.
Apa yang ingin aku ceritakan adalah selepas selesainya tazkirah tersebut. Perbincangan tetap diteruskan mengenai cara untuk mengubah masyarakat setempat meski aku sudah selesai dalam ucapan tazkirah ku. Yang mana mereka ini cuba berfikir kembali bagaimana cara mengembalikan masyarakat kepada masjid? Hasil cetusan idea ku dalam tazkirah dan cuba mengajak mereka bermuhasabah diri. Dengan cetusan keinsafan yang aku timbulkan di dalam tazkirah akhirnya membuatkan mereka kembali berbincang dengan masalah mereka yang selama ini tidak pernah selesai.
Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi sekalian, hari ini, disaat ini, masyarakat kita memerlukan kita selaku mahasiswa terutamanya mereka yang mengaji tentang agama. Di dalam diri kita yang masih belajar ini sebenarnya, kita juga harus mengajar. Mengajar apa yang mampu kita ajar.cuba memberi tunjuk ajar, pandangn kepada mereka. Sampai bila kita mahu melihat masyarakat kita terus dalam kesesatan, menjadi semakin lupa akan agama yang membawa mereka menjadi insan yang baik selama ini.
Kita selaku mahasiswa islam sewajarnya menunjukkan nilai-nilai murni yang baik kepada masyarakat, cuba untuk sentiasa mendekati masyarakat kita dan membetulkan apa yang masih tidak betul. Hari ini berapa banyak mahasiswa islam yang memakmurkan masjid mereka di kampung? Hari ini juga berapa banyak mahasiswa islam yang tetap dengan gejala negatif mereka dan membawa pulang ke kampung ?
Natijahnya kita selaku mahasiswa tetap dengan budaya negatif seperti melepak, merokok, dan lain-lain lagi. Hasil tinjauan aku juga melihat mahasiswa kurang menghadiri majlis-majlis ilmu walaupun hakikatnya pada ketika ini mereka masih bercuti semester. Mereka lebih gemar menonton tv, melepak bersama rakan, dan menghabiskan masa dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Bila cuti semester, duduk rumah, makan tidur –makan tidur sahaja lah yang menjadi amalan. Sepatutnya sebagai orang berilmu, belajar agama, cerdik, mereka seharusnya cuba membawa perubahan di tempat mereka sepertimana yang aku amalkan.
Aku akan mencari segala peluang yang ada demi merubah masyarakat aku yang semakin bejat ini. Segala program masjid, JKKK,program dari kerajaan negeri ,majlis ilmu,ceramah akan aku sertai. Memang wujud perasaan malu, takut dalam menegur mereka. Tapi percayalah. Cubalah untuk kita menyuarakan pendapat. Yang baik sudah pasti akan diterima mereka. Melainkan mereka yang keras kepala dan mengikut hawa nafsu. Masyarakat kita memerlukan kita, bukan kita perosak masyarakat!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More