LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 9, 2015

Kembali Syadid atau Cinta di Fb?






Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah, Tuhan yang maha kuasa yang memberikan ketenangan dalam diri ini. Dialah yang maha mengetahui segala masalah, segala duka cita, segala kegembiraan, segala ilmu, bahkan semuanya yang sebelum , yang semasa mahupun yang selepas berlaku sesuatu kejadian. Tiada sesuatu pun yang terdetik dalam hati ini, melainkan segalanya dibawah pengetahuan Allah.

Sengaja berkongsi cerita berkenaan tajuk "Syadid or Cinta di Fb". Tajuk ini menjadi menarik untuk ingin saya tulis kerana ada segelintir manusia yang masih merasa janggal ataupun hatinya berasa kurang selasa apabila ada seseorang yang tegas atau syadid semasa menjadi ahli gerakan dakwah menjadi lemah lembut gemalai status facebooknya apabila selepas bernikah.

"Hmm... kenapa terjadi agaknya ye? "

"Hmm.. Betul ke tindakan bercinta di facebook suami isteri macam ni? Meluat aku tengok. Macam dia jea yang kawin. Orang lain pun kawin jugak, takde pun macam dorang?"

"Hmm.. Dulu ko sebelum kawin bukan main syadid. Dah lepas kawin cintan cintun plak dengan bini ko. Dah la dua2 ahli jemaah.ape la adik2 tengok nanti."

"Hmm..  Cinta-cinta, sayang-sayang simpan dekat rumah la. Tak payah bawa keluar.semua orang tau."

Inilah persoalan yang sering bermain dalam hati mereka.

Artikel ini mungkin sesuai untuk golongan minoriti ustaz ustazah yang menjadi ahli gerakan dakwah. Kerana perkara ini sering berlaku dalam golongan mereka. Dan amat jarang berlaku kepada golongan marhaen. Kadang Pencoret pun pelik. Kenapa la agaknya perkara ini berlaku sampai diperbahaskan kadang-kadang. Dan pada pemikiran Pencoret perlakuan ini perlu diperbetulkan supaya tidak wujud pandang serong kepada persahabatan mereka sesama ahli gerakan dakwah.

Mungkin point yang ingin saya katakan ini sedikit sebanyak meneutralkan perkara ini.

1- Kenapa dia buat status facebook jiwang macam tu?

 Bila seseorang mengeluarkan status facebook pasti ada sesuatu yang sedang dialami mendorong untuk seseorang meluahkan sesuatu.Jangan mudah menghukum manusia yang kita tidak tahu akan perihalnya. Ada kemungkinan gembiranya itu ada perkara yang menggembirakan, ada marah nya kerana masalah keluarga nya, ada jiwangnya mungkin kerana dia sedang rindu.

Tiada yang tidak terlepas dari ujian Allah,dan tiada yang terlepas dari sentiasa diberikan nikmat oleh Allah. Selidikilah dahulu sebelum mengatakan sesuatu. Hindari la judgement yang bersifat zonni atau sangkaan. Belum pasti yang kita sangka itu benar. Dan banyak dalam kalangan manusia yang suka menyembunyikan rahsia nya.Alangkah tenangnya jikalau kita melihat perkara buruk kita mendoakan agar menjadi baik, kita melihat perkara baik kita doakan lagi supaya lebih baik. Bukan kah lagi menenenangkan jikalau kita sama-sama bahagia. Dan hakikat doa itu adalah untuk kita mendoakan diri kita sendiri sebenarnya. Bila kita mencaci,kita akan dicaci kembali, bila kita melawan,kita akan dilawan kembali, Bila kita memberi baru orang lain memberi kepada kita, bila kita berdoa, baru orang lain akan mendoakan kita. Begitulah karma  yang Allah buat tapi jaranag yang memahami. Jangan fikir apa orang beri, tapi fikir apakah yang akan kita beri?

2-Jadi diri sendiri

Kadang kala ramai di antara kita malu ingin menjadi diri sendiri. Apatah lagi dalam perihal meluahkan kasih sayang. Adakah jatuh maruah seorang suami bila meluahkan kasih sayang pada isteri yang memang haknya? Kadang kita malu, ala nanti ada orang kata kita ni tak macam dulu tegas, jambu dah sekarang, bunga-bunga hati, cintan cintun dah. Jujur dengan pasangan itu adalah yang terbaik.

Kan bagus jikalau diri kita dirumah sama dengan diri kita di facebook, kita di pejabat pun sama juga seperti di facebook. Tiada yang ingin disembunyikan. Bukankah memeningkan kepala sentiasa dalam keadaan pura-pura. Jujur dengan sendiri itu paling menenangkan.

3-Facebook sebagai media sosial.

Facebook dicipta sebagai alat memudahkan manusia berkomunikasi. Jangan kita marah orang yang beremosi di facebook. Ada yang marah, ada yang gembira, ada yang benci UMNO, ada yang benci PR, ada yang gaduh dengan makwa, macam-macam ada di facebook. Itu adalah hak mereka untuk menyatakan emosi masing-masing.

Namun, alangkah bagus kalau kita menggunakan facebook sebagai alat menambah pahala. Dicari yang negatif ada di facebook, dicari yang positif pun ada di facebook. Tinggal kita yang memilih yang mana satu yang kita mahu. Rugilah kita jikalau menjadi seperti  orang yang bersifat negatif di dalam facebook. Orang marah kita marah, orang benci kita benci, tapi tak pernah mengambil pengajaran terhadap kebencian orang.

4-Hubungan suami isteri.
Siapa yang tak mahu keluarga nya bahagia? Semua orang nak keluarga bahagia. Tapi kadang kita malu meluahkan sesuatu di facebook bersama pasangan kita. Suami isteri sudah halal, jadi kenapa kita perlu sakit hati dengan mereka yang sudah halal? Lebih baik sakit hati kepada yang belum berkahwin yang bermanja-manja seolah-olah sudah berkahwin.

Kadang kita tidak tahu sebenarnya dengan bermanja di facebook suami isteri kita merasakan lebih mencintai pasangan kita, lebih mencintai anak kita. Berkongsi video, saling komen-komen yang positif dan saling menasihati antara satu sama lain. Facebook adalah alternatif mengeratkan hubungan tatkala mungkin berjauhan, masing-masing di pejabat, masing-masing sibuk dengan kerja atau apa jua keadaan . Jangan disamakan yang berkahwin dan belum berpengalaman berkahwin.

Dan  muhasabah untuk diri kita untuk point Pencoret yang terakhir.





Soalan ini perlu kita tanya pada diri kita. "Kenapa kita sering cemburu melihat orang lain bahagia?? Jawab secara jujur tanya dari dalam diri kita. Kenapa kita selalu cemburu? Kita kadang cemburu melihat orang keluarganya bahagia, cemburu melihat orang hidup mewah, cemburu melihat bisnes orang maju, cemburu melihat orang lain jadi pemimpin hebat. Terus bila ada cemburu dikaitkan pulak dengan perkara negatif yang mengiringi kebahagiaan orang lain. "Alaa, dia berjaya pun sebab ada orang dalam tolong naik pangkat, alaa dia bahagia pun sebab isteri dia doktor tu yg senang hidup, alaa dia tu boleh la berjaya bisnes, dulu masa susah minta-minta, banyak buat masalah sekarang dah lupa diri tak ingat le mase dia susah dulu"


Bukankah ini merungsingkan hati kita?

Adakah cemburu ini tidak bagus? Cemburu yang meningkatkan semangat itu bagus. "Ooo..dia berjaya, aku kena lebih berjaya dari dia" itu cemburu yang positif yang harus ada. Yang tidak bagus cemburu yang diiringi dengan perkara negatif.

Tak pelik ke kita terhadap diri kita? Cemburu melihat orang lain bahagia atau berjaya. Yang salah diri kita atau orang yang bahagia? Yang bahagia orang atau kita yang sengsara melihat orang bahagia? Dan kenapa kita tidak senang melihat orang bahagia? Kita sebenarnya senang melihat orang gembira bahagia atau orang jahat sedih? Orang bahagia sepatutnya yang kita puji kerana dia berjaya. Cuba fikirkan, mana wajar antara meluat melihat orang bahagia sudah berkahwin dengan yang belum berkahwin?  Hidup penuh dengan hasad dengki dan iri hati amat merungsingkan. Sebenarnya kita meluat dengan tingkah laku begitu kerana kita yang kurang kasih sayang, cemburu dan kurang mendapat perhatian. Perasaan itu lahir kerana kita tak pernah menjadi seperti mereka yang bahagia.

Alangkah tenangnya hidup kalau kita saling mendoakan.
"Ooo.. Sipulan dah berjaya. Tahniah Aku doakan ko lebih berjaya"
"Ooo... Sipulan bahagia berkahwin, chating selalu jea dengan hubby dia bahagia tengok. Dalam hati, Aku doakan ko bahagia hingga syurga"
"Ooo.. Sipulan kene tangkap polis kerana mencuri. Aku doakan semoga Allah mengampunkan dosa, memudahkan urusan dia dan keluarganya"
"Ooo.. Sipulan tu kene tangkap basah.. Aku doakan semoga dia mendapat keampunan, diberi kesedaran dan kesabaran dalam menerima tohmohan orang"

Indahnya dan bahagianya jikalau kita berminda positif. Hati bersih lagi terang. Tiada yang mengotorkan hatinya melainkan takut dengan perkara yang dibenci Allah. Yang paling dia cemburu ialah apabila melihat dia tidak mampu beribadah rajin dan beramal baik seperti orang lain. Yang merisaukan hatinya adalah jauh dari Allah. 

*Tulisan ini hanya untuk diri Pencoret sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa melainkan kepada siapa yang ingin mengambil "kena" sahaja.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More