LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 26, 2011

Anak Muda dan Gebeng.



Sajak : Anak Muda dan Gebeng.

Darah anak muda ini,
Sentiasa dahagakan keadilan dan kebenaran tertegak,
Dan terngiang-ngiang sentiasa jeritan pedih hati rakyat,
Di sepasang telinga cakna ini.


Hari ini rakyat  ditindas,                                            
Hari ini rakyat ditekan,
Hari ini juga rakyat diperjudikan nasib mereka,
Mereka tak mampu berbuat apa-apa,
Yang kuat sentiasa bermaharaja lela,
Yang lemah  terus-terusan dihina.

Darah anak muda ini,
Tidak sanggup melihat penderitaan ini berterusan,
Tidak sanggup melihat air mata rakyat sentiasa mengalir,
Mengadu , menanti, bila semuanya ini akan berakhir,
Bila semuanya ini akan berakhir?

Hari ini aku dan rakan-rakan ku turun ke Gebeng,
Cuba mencari harapan baru,
Buat generasi depan.

Apa ertinya “ kemerdekaan”?
Apa ertinya “demokrasi”?
Dan apa ertinya “kekayaan”?
Andai rakyat tidak bisa membuat pilihan sebetulnya,
Andai rakyat tidak terbela,tidak terjamin keselesaan,
Tidak terjamin juga keamanan diri,anak,cucu leluhur mereka.

Ayuh bangsa  Malaysia!
Kita bangkit bersuara,
Demi anak,cucu,leluhur kita,
Jangan kita menggadai diri mereka kerana keputusan hari ini,
Kita bantah “Lynas” di sini,
Kerana ini bumi kita…..


*Di deklamasikan di Pelangi Beach Resort, Balok , Kuantan ,Pahang.
Dicipta apabila melihat isu Kilang Lynas yang dibina di Gebeng.
Yang mampu merobek jiwa dan hati rakyat.


0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More