LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 20, 2009

Seminar Bukan Sekadar Seminar

Assalamaualaikum.
Salam 1 islam, salam 1 hati ,salam 1 malaysia,.
Alhamdulillah. Pada saat dan ketika ini aku masih diberikan ruang dan peluang untuk kembali mencoret di ruangan blog ku yang sempit ini.
Bah. Baru-baru ini kampus ku iaitu Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah mengadakan satu jihad yang amat besar, satu jihad yang patut disokong oleh semua orang yang bergelar islam. APIUM NP atau nama singkatan bagi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri telah menganjurkan satu seminar iaitu
Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Antarabangsa Kali ke-2 yang mana telah melibatkan negara-negara luar antaranya Singapura dan Indonesia. Wakil dari menteri agama Indonesia iaitu bapak Kiyai Tarmizi dan juga wakil Majlis Ugama Singapura. Bahkan seluruh seantero pelusuk negeri di Malaysia.
Ayuh!! Mari kita pandang jauh kehadapan, memandang jauh dari orang biasa. Cuba mengungkap rahsia disebalik rahsia. APIUM memang sudah memandang jauh dunia hari ini. Bermula dengan mengenali masalah dunia ini dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah. cuba mengubah masyarakat yang hari ini semakin jauh dengan jalan yang sebenar, semakin jauh melenconng menuju ke neraka Allah, dengan maksiat yang semakin berleluasa dan penuh dengan tribulasi menghancurkan terus islam dari muka bumi ini.
Maka, dengan mengembalikan keizzahan kembali rumah Allah, iaitu masjid, yakni mengembalikan kembali peranan dan fungsi masjid sepertimana zaman Rasulullah SAW. peranan yang dimainkan oleh masjid mampu mengubah nasib masyarakat sekitarnya, membawa makhluk yang bergelar manusia ini kembali ke jalan yang sebenar dan akhirnya membawa kepada kegemilangan islam itu sendiri. masjid yang bukan hanya berperanan sebagai tempat beribadah bahkan lebih dari itu,termasuk tempat kehakiman, pendidikan, mengatur strategi perang, ekonomi dan lain-lain.
Lalu dengan gagasan ingin mengembalikan peranan masjid ini dilakukan secara berperingkat. bermula dengan pembentangan kertas kerja-kertas kerja golongan cendekiawan, cerdik pandai-cerdik pandai,profesor-profesor,doktor-doktor,golongon pengkaji dan sebagainya. bila mana sudah mantap, maka akan dibawalah perkara ini kepada pihak berwajib untuk dilaksanakan. bagi menghasilkan satu ketumbukan yang hebat yang tidak mampu lagi di tentang.yang akan mendesak supaya ia dilaksanakn. yang akan membawa kembali kegemilangan islam.
AYUH!! kita cuba bergerak pantas, sanggup berjuang di arus deras ini,. jangan kita menjadi duri dalam daging, musuh dalam selimut, ular dalam semak dalam memperjuangkan islam ini. jangan kerana tangan kita yang kotor ini yang akhirnya membawa islam ke kancah kemusnahan,terus terhina.pandanglah jauh kehadapan. seminar bukan sekadar seminar. =)

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More