LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, September 10, 2009

KL oh KL.....









Alkisahhh... alkisah maka tersebutlah sebuah kisah... sang kancil datang beramai-ramai menghadap duli yang maha mulia sultan firaun... mane firaun pakai sultan... bak kate pendekar bujang lapuk...

hmmm, la ni aku nak cite pulak satu kisah pengalaman hidup aku yang tak pernah aku lupekan pada sem ni.. KL oh KL... KL 2 mende plak..?? katak lapaq ka, kerbau liaq ka tp bukan katak bulat la.... hmmm... bukan la.. die ni satu bende yang orang selalu sebut-sebut,tergiler-gilerkan.. ala ... pe tu?? Kuala Lumpur... hmmm, kenapa nak cite pasal Kuala Lumpur ??? selame ni xpenah dengar Kuala Lumpur kea... huhu.. tak la.. bagi diriku yang hina ini, pengalaman yang ingin ku kongsikan ini adalah satu peristiwa dan sejarah yang lain dari yang lain yang pernah aku alami berbanding sahabat-sahabat ku yang lain. ape die yang lain tu?? mari kite habiskan cerita ni bersama-sama...


nak dijadikan cite.. pada satu hari yang tenang, group-group aku telah di berikan satu task atau satu amanah, yang mana kami telah menerima satu jemputan untuk menghadiri satu meeting di Taman Melewar. aku ni budak biase-biase jea.. nak tak nak, team-team aku ni memang bersemangat kalau bab-bab perjuagan yang agak mencabar ni.. so..kami 5 orang laki perlu ada di sana pada jam 8.00 malam lebih kurang di sana.


jadi ini adalah cabaran bagi my team yang tiada banyak pengalaman merentasi kota dari yang di namakan APIUM nilam puri..meskipun diri ini lemah, namun kejutan arus tarbiyah yang diterima merupakam satu lonjakkan yang membawa naik kekuatan dalaman yang memberikan kekuatan dan semangat kura-kura mengalahkan arnab.akhirnya my team sampai juga ke destinasi yang ingin di tuju meski dalam perjalanan terpaksa berehat di sungai yu.. hmm, mengambil masa menghayati keindahan alam disertai dengan deruan air yang dingin la katekan.

Bila kitorang sampai kat umah sedare membe kat situ lebih kurang jam 6.30 petang.berehat dan kemudian selepas magrib bergerak ke tempat yang bakal berlaku kejadian. dan dalam keadaan tak seorang pun antara kitorang tahu jalan2 si2,namun, kami di bantu oleh seorang yang berhati mulia.. dan sampai ke tempat tujuan dan akhirnya kami pun bercengkeramalah dalam program kat si2 sampai la tamat.dalam perjalanan blik singgah sat kt umkl, jengok membe2 seperjuangan and then bila berkunjung 2 rase la nikmat yang dikatakan ukhwah islamiyah. bilamana kita walaupun just menjenguk, tanpa de wat apointment. namun tetap di sambut dengan penuh keraiyan. dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang..kasih mujahid dalam persahabatan.

dan pas2 kitorang pun balik la, sebelum 2 singgah jap umah membe kat klang, da dekat dengan sabak bernam,teringat la aku kat kampung halaman.. ok.. ni tidak bape best aku nak cite kat korang.. pas dari singgah umah membe ni yang sebenanye aku nak cite.. huhuhu

bile mane dingin malam menyelinap masuk ke liang roma, anak bulan sudah semakin keletihan,opsss..kelihatan..bila mana perut pun da kenyang melantak kat umah membe, maka ekspidisi di teruskan, aku tetap dipilih sebagai pemandu jalan balik. oleh kerana aku pun tak tau jalan maka terlajak lah jugak aku, silap jalan.. tak pe la. ni cabaran yang pertama. aku and sahabat-sahabat sudah memasakkan seratus peratus diri menyerahkan kepada pencipta,berdoa agar diberikan keselamatan,kekuatan,perlindungan dan sebagainye.. aku pun terus melayar kancil kecil ini dengan penuh semangat mengharungi beratus,beribu kilomiter. meski sahabat2 aku semakin lame semakin layu,semakin lena diulit mimpi indah dan kadang-kadang meninggalkan aku keseorangan tanpa teman,aku tetap dengan kekuatan ku, menjelajah malam yang sunyi dan jalan yang berliku tanpa rasa ngantuk. semakin jauh aku berjalan,semakin aku tenang memotong. tapi aku ni pun bawak kete laju jugak 90km/j keatas aku bawak kete.. fulamakkk.. lamenye nak abis cite ni.. aduhhh... hmmmmmm,.............. bile jam lebih kurang pukul 2.30pagi aku sudah hampir masuk ke wilayah kelantan. dalam perjalan 2. bile aku masuk di area gua musang ade 1 kejadian yang tak pernah aku lupekan sampai ari ini, dan menjadi kenangan dan igauan. bile duk naik bukit, turun bukit,masuk lopak,kuar lopak,ngelak lembu,tengok daun pisang,maka tibelah saat aku hendak memotong sebuah treller kontena..seperti biasa aku akan target kenderaan dihadapan,menguji kemampuan enjin kenderaan,kelajuan kenderaan yang hendak dipotong.. apabile sume ok. aku pun terus menggunakan sepenuh tenaga memecut dan ingin memotong treller ni, tapi alangkah terkesima aku bile mana aku masih tidak mampu memotong, dan kenderaan dihadapan semakin hampir dengan ku,aku masih diseparuh badan treller..kete yang laju dihadapan sudah tiggal mase beberapa saat sahaja mahu merempuh aku,taktik berundur dan kembali di belakang treller juge sudah tidak mampu aku lakukan kerana treller panjang dan tidak sempat untuk ke belakang.. dan alangkah drastiknye aku membuat keputusan tidak mampu mengambil risiko di rempuh dan dilenyek treller.. aku pun terus meluru pantas mendarat di sebelah kanan jalan. dan alangkah terkejutnye brek kete melekat rapat,tapi tayar tetap meluncur rapat di atas rumput kerana keringanan kancil dan juga kebasahan rumput yang diliputi embun.. dan kejadian menjadi kacau bilau, membe2 ku menjerit di belakang,masing-masing kerisauan dan gelisah,dalam fikiran ku sudah terlintas membayangkan kejadian kemalangan parah atau kemalangan maut,namun, aku cube mengawal kenderaan, namun aku tewas, separuh dari kenderaan telah masuk ke dalam longkang.. dua tayar sebelah kiri di atas tanah, dua tayar sebelah kanan masih terapung, longkang yang sederhana saiz, yang jika di kira mampu memasukkan 3/4 kancil car wash..

alangkah.. bersyukurnye kami yang tak terhingga, kami masih diselamatkan ALLAH TAALA,ALLAHUAKBAR!!! kami selamat dari terhumban ke dalam gaung yang dalam di sebelah longkang itu,tidak terbalik,tiada sebarang kecedraan, kereta masih dalam keadaan baik,cume kemek sikit di bahagian dinding sebelah kanan kerana hentakan di dinding longkang...maut masih tidak mengikat leher kami,kecacatan, luke,patah-patah anggota badan tidak kami hadapi.. MASYAALLAH!!! hebatnya kuasa tuhan..

kemudian di tengah2 pagi yang sunyi,di kawasan hutan, gelap,kami cuba menaikkan kembali kenderaan, tidak berpa lama kemudian, ALLAH menghantar tenteranya,.kereta yang menghala ke kelantan brhenti di sebelah kiri jalan dan membantu kami. dihantar kepada kami orang-orang yang mahu menolong bersama-sama menaikkan kereta. alhamdulillah, kereta berjaya di naikkan, namun kaki ku masih terketar-keter menggeletar. kemudian antara seorang tentera ALLAH tadi mempelawa naik ke dalam Nissan Sonata nye.. aku dan seorang sahabat ku naik bersamanya,sahabat yang lain meneruskan dengan kancil itu.dia yang juge keseorangan dalam perjalanan dari Puchong ke Kota Bharu..seorang yang masih baru berumah tangga, berumur linkungan 30 tahun.. kaki ku masih tetap menggeletar di dalam kereta. kami meneruskan perjalanan pulang,.

ketika masih di gua musang aku telah banyak mendengar cerita tentera Sonata ini tentang perkara mistik yang berlaku di jalan2 situ. aku hanya mngiakan dan menjadi pendengar setia terhadap ceritanya. namu satu ketika bilamana dalam perjalanan kami mengharungi kabus tebal dijalanan tiba-tiba tentera Sonata menjenguk kehadapan kereta seolah-olah ada sesuatu yang telah dilanggar.. aku melihat dengan mata kepala ku akan apa yang dilihatnye.kami terdiam seketika dalam bersembang, dan bulu roma ku naik dan perasaan tkut cube datang dengan tiba2, dan aku pun tidak pasti kenapa jadi begini.. ape yang kami lihat adalah kenyataan dan bukan lagi mimpi atau khayalan,yang kami nampak seolah-olah kami telah melanggar mayat yang berkapan putih.alangkah terkejutnye aku, pengalaman yang aku tidak pernah terfikir, tiba2 datang.. hmmmm. tak pela.. bak kate tentera Sonata "orang bertuah je dapat jumpe bende2 cam ni". huhu,. setelah mendengar pengalaman nya tentang perkara2 mistik yang kerap kali beliau hadapi di jalan sekitar gua musang ini bilamana dia kerap menjenguk isterinye yang mengandung anak pertama mereka setiap minggu yang terpaksa dijaga oleh mak mertua dan beliau juga terpakse bekerja di Puchong,yang mana jalan kawasan ini boleh dikatakan agak keras..alhamdulillah...aku bersyukur dan gembira dengan kurniaan tuhan meski ketakutan masih tidak hilang..

kami tetap meneruskan perjalanan, singah di 2 buah kedai yang berasingan dalam perjalanan bagi menghilangkan mengantuk sahabat ku yang membawa kancil, sehinggalah sampai di masjid kg. laut dan subuh di situ..malam ku tidak sempat melelapkan mata sepertimana malam-malam biasa...

hmmmm,banyak yang aku dapat dalam pengembaraan ini, sebenanye masih de lagi yang ingin aku ceritakan dalam ruangan ini, tapi tak pelah. panjang sangat plak nanti. yang tinggal hanyalah pengalaman dan kenangan. aku hanya mampu bercerita kat korang.dan lagi satu cerita ini bukanlah tipu,@ khayaklan.tapi kenyataan yang aku lalui. erm, lupe plak kasut aku sebelah lagi tertinggal kat tempat aku eksiden tu, tertanggal time nekkan kete, pastu hilang.. alhamdulillah, tentere Sonata ni pun antara orang yang membantu aku dalam program BAKSIS aku..
kepada sahabat-sahabat jadilah seorang yang benar-benar berjiwa hamba kepada ALLAH, serahkanlah semua jiwa ragamu kepadanya,jnganlah takut kalah atau mati memperjuangkan hakikat yang benar demi islam..hidup mulia atau mati sebagai syuhada'.. insyaALLAH, perjalanan hidup mu akan diberi perlindungan, keselamatan dan kemudahan oleh ALLAH SWT.. selamat berjuang!!!

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More