ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG
Salam perkenalan, Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya memberikan kebaikan dan manfaat untuk tambahan amal kita di negeri Akhirat kelak.
BAHAGIA HIDUP
Mencari Bahagia bukan bila melihat orang lain atau ingin seperti lain. Bahagia datang dari dalam diri. Diri sendiri yang boleh mebahagiakan bukan orang lain.
UJIAN
Tiada manusia yang tidak diuji. Lepas ada ujian baru boleh naik pangkat, naik gaji. Beruntunglah bagi mereka yang diuji.
MEMBERI
Erti hidup pada memberi. Bagaimana hendak menerima kalau tidak pernah memberi. Tidak akan rugi bila memberi.
Tuesday, May 5, 2015
Thursday, April 9, 2015
Kembali Syadid atau Cinta di Fb?
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah, Tuhan yang maha kuasa yang memberikan ketenangan dalam diri ini. Dialah yang maha mengetahui segala masalah, segala duka cita, segala kegembiraan, segala ilmu, bahkan semuanya yang sebelum , yang semasa mahupun yang selepas berlaku sesuatu kejadian. Tiada sesuatu pun yang terdetik dalam hati ini, melainkan segalanya dibawah pengetahuan Allah.
Monday, March 9, 2015
Apakah kita benar-benar hidup?
Lama jugak rupanya Pencoret tak menulis.
Last post pada tahun 2012 agaknya. Rupanya banyak benda dah Pencoret lalui dalm hidup ini. Baik yang pahit ataupun yang manis. Alhamdulillah, semuanya dapat diharungi. Itulah "Hidup". Itulah kebesaran Allah. Rasa rugi plak kalau tidak berkongsi cerita kepada para pembaca sekalian.Itu yang menyebabkan untuk Pencoret ingin menulis kembali.
Soalan yang mudah, tapi sentiasa "makan dalam" bila memahaminya secara mendalam iaitu "Apakah kita benar-benar hidup?"
Friday, June 15, 2012
Sang Murabbi
Tanggal 14 jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433 hijrah, jam
6.30minit petang.
Satu peristiwa bersejarah telah berlaku dalam dunia gerakan
Islam. Seorang Murabbi yang selama ini aku kenali telah meninggal dunia. Dia seorang
manusia yang cukup matang dan berpengalaman dalam gerakan Islam . Seorang
tokoh yang menjadi rujukan oleh sesiapa sekalipun termasuk ahli politik
terkemuka dalam negara juga pemimpin gerakan Islam luar negara. Siapa yang
tidak mengenali Ustaz Yahya Othman atau lebih mesra dipnggil Ustaz Ya. Seorang yang
mesra dan tegas dalam berucap. Baktinya terhadap gerakan Islam dan arena dakwah
di Malaysia sungguh luar biasa. Dan dengan pemergiannya ini memanggil kembali
aku untuk kembali menulis di khayalan maya ini.
Friday, November 25, 2011
Istimewanya Kucing Yang Ramai Tak Tahu
Hari ni pencoret nak merungkai tentang kucing.. kenapa Abu Hurairah suka pada kucing? sehingga beliau di gelar bapa kucing. kenapa haiwan kesayangan bukannya anjing atau arnab? apa istimewanya kucing ni??? Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.














