Belum lama pasukan Mu’tah itu berada di Madinah. Perihal kemenangan umat Islam pada perang terbesar dalam arena sejarah Islam di zaman Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam itu masih hangat dibincangkan.
Pasukan besar itu baru sahaja beristirehat. Rasullullah Sallallahu Alaihi wasallam kembali mengirimkan satu pasukan baginda. Kali ini ke Dzatul Salasil yang diketuai Amr Bin Ash. Misi utamanya memberikan “pengajaran” kepada suku Qhudhaah atas penglibatan mereka membantu pasukan Rom dalam perang Mu’tah.





Jika anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama, kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.









