LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 4, 2011

Dua suap nasi please!!


Hidup ini sungguh indah dan maha hebat bagi yang dapat menghayatinya. Dan aku semakin lebih mengerti erti kehidupan yang sementara ini. Pernah satu ketika di waktu petang. Mentari sudah mula bergerak  mahu tenggelam dan meniggalkan aku. Dan pada ketika itu aku berjalan bersiar-siar sambil menghayati panorama dunia. Jam menunjukkan masa  4.15 minit petang. Diwaktu itu, satu situasi telah mengunci pandangan ku untuk tidak berganjak kemana-mana melihat apa yang berlaku sewaktu tiba di sebuah kawasan dihujung taman perumahan itu sewaktu sedang berjalan-jalan. Apakah yang sedang dilakukan Pak Cik itu? Kenapa dia berbuat sedemikian? Bagaimana dia sanggup melakukan hal ini? Adakah ini kehidupan manusia yang normal?

Seorang Pak Cik berumur lingkungan 50 tahun telah merobek-robek kotak itu dengan rakus. Dari satu kotak ke satu kotak. Kotak yang penuh misteri di dalamnya. Dan alangkah terkejutnya apabia melihat Pak Cik itu mencari jagung. Mencari jagung dikotak pembuangan sampah. Diselongkar disebalik guni-guni yang mengumpulkan berbagai jenis sampah dan kulit-kulit jagung. Sungguh menyayat hati apabila dia merungkai dari satu ke satu kulit  jagung, dari satu kulit jagung ke kulit jagung yang lain. Dan misinya pada kali ini adalah mencari jagung-jagung yang boleh di makan. Disekitar tempat pembuangan sampah itu. Tempat yang begitu kotor,jijik dan berbau. Sudah cukup untuk memberitahu bahawa tempat itu sungguh tidak menyelesakan. Sehingga hidung ku yang berada dikejauhan pun sudah berbau busuk dan cukup untuk membayangkan  busuknya tempat itu, banyak peralatan rosak,sayur-sayuran yang dibuang, sisa-sisa makanan yang busuk dan berulat.  Tetapi apa yang membuatkan aku terpukau adalah dengan sikap Pak Cik itu yang tetap tekun mencari jagung-jagung yang boleh dimakan,meskipun jagung itu ada sedikit rosak dan berlubang.

Bersamanya sebuah basikal cabuk yang kelihatannya sudah cukup lama. Karat-karat dibasikal sudah cukup membuktikan tentang usia basikalnya yang sudah tua. Dan aku kagum  melihat Pak Cik ini. Semangatnya untuk mencari jagung yang hendak dimakan begitu bersungguh sehingga aku yang berada tidak jauh dari situ yang sentiasa memerhatikannya tetap tidak dihiraukan dan seolah-olah aku tidak wujud di situ. 

Perasaanya mengirakan bahawa “sedap jagung ni kalau direbus.bukan senang nak dapat makan jagung ni. Lama dah tak makan jagung. Kalau beli mahal. Cari kat sini senang sikit. Jumpa lebih-lebih boleh masak dan bagi anak aku makan,.dapat la jugak anak aku makan jagung,takde la hari-hari makan benda yang sama je,jemu dia”. Begini lah yang mungkin sedang dikira-kira oleh Pak Cik itu. Setelah mendapatkan 1 plastik jagung dia pun beransur pulang menaiki basikalnya. Langkah ku yang ingin menemubualnya tidak tercapai kerana dia sungguh laju untuk mengelak apabila aku cuba mendekatinya.

Lalu ,tidak lama setelah itu. Aku duduk dan termenung seketika tentang hal itu. Dan Alhamdulillah seorang lagi pak cik yang leih tua turut sekali lagi melakukan hal yang sama. Lantas aku cepat-cepat mendekatinya dan cuba bersembang dengannya. Tetapi kali ini lain pula halnya. Pak Cik ini mencari dan mengumpulkan paip-paip yang boleh dijual. Seorang Pak Cik yang dirahsiakan namanya. Dia berumur 60 tahun. Berasal dari Perak. Berjanggut putih dan berbadan kurus rendah. Sungguh mesra kali ini menyambut ku. Seolah-olah sudah lama kenal. Aku pun bersembang dengannya. 

“Pak Cik tengah wat pe ni?”
“Pak Cik tak wat pape pun. Cari-cari guni,kawan Pak Cik suh Pak Cik carikan dia guni. Besok dia nak kumpul sampah,nanti takde guni plak” ujar Pak Cik

“Owhh.. hmm.. rumah Pak Cik dekat mane? Pak Cik kerje apa?”aku meneruskan menyelongkar hidupnya.
“Ni la keje Pak Cik yang kamu nampak ni. Mane ade keje lain dah.Rumah Pak Cik dekat belakang ni je. Kat atas tu. “ sambung Pak Cik itu.

“Anak Pak Cik berepa orang? Asal mane?” aku cuba menyelidiki latar belakang keluarganya. Adakah mungkin dia ditinggalkan anak yang derhaka.
“Hmm.. anak Pak Cik  4 orang je. Sume dah beso-beso. Dah kawin, keje sume ade. Sekarang ni Pak Cik duk seorang je.isteri pun dah takde.” Pak Cik tersenyum sambil menceritakan hidupnya. 

“Ermm. Pak Cik tak mintak mane-mane bantuan ke? “ aku bertanya lagi.
“ Pak Cik malu la nak mintak. Nanti Pak Cik mintak semua orang nak mintak. Yang ade sekarang ni pun dah cukup. Dulu Pak Cik ade moto tapi kene curi dah. Pak Cik pakai basikal pulak la sekarang. Kerajaan negeri orang kampug pe semua ada nak bagi Pak Cik bantuan. Tapi Pak Cik malas nak amik. Yela. Tak perlu pun. Cukup la Pak Cik dengan yang dekat atas tu tau(sambil menuding jari kearah langit)” jawapan tenang dari Pak Cik.

Dan jawapannya telah mengejutkan ku, alangkah terpujinya akhlaknya. Malu hendak meminta-minta bantuan orang lain meski dirinya dalam kesusahan dan terseksa. Bahkan cukup redho dan berterima kasih dengan apa yang dimiliki.
Pengalaman ini lebih mengajar kita  tentang erti kehidupan. Ada yang jahat  dan ada yang baik. Ada yang manis juga yang pahit. Ada yang kaya ada yang miskin. Bahkan ada yang bersyukur dan ada yang TIDAK bersyukur ,bahkan  tidak redho dan menyalahkan takdir…

Dan benarlah kata Allah :

"Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (al-Baqarah 2: ayat 243) 

"Katakanlah, "Dia-lah yang mencipta kan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (akal)". Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.” (Al-Mulk  67: ayat 23)

Dan
"Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya."( al-Kahfi 18:ayat 7),,

Renung-renungkan lah dengan pencapaian kita di muka bumi Allah hari ni..



0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More