LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 23, 2010

Sudah berapa jauh "preparation" kita?

Salamalaik.. Alhamdulillah ketika ini kita masih lagi diberikan kudrat kekuatan oleh Allah untuk bertebaran di muka bumi Allah, menjalankan tugas sebagai hamba juga khalifah di muka bumi ini. Lama sudah kiranya aku tidak mencoret diruangan ini. ok baiklah. hari ni aku sebagai "Pencoret" ruangan ini ingin berkongsi sebuah kisah yang aku sendiri lalui.



Pada suatu pagi yang cukup indah lagi permai, aku telah diamanahkan oleh bapa ku untuk pergi memperbaiki keretanya. kereta yang sudah lama, dah mempunyai sedikit kecedaraan yang perlu disembuhkan. Kereta yang menjadi sumber pergerakan bapaku untuk pergi meneruskan hari-harinya menjalankan tanggungjawab di atas muka bumi ini. Kereta Tiara hitam yang sentiasa membantu aku dan keluarga untuk pergi lebih jauh,.  menghantar adik ku ke sekolah ,juga kenderaan untuk  membawa bapaku ke masjid setiap waktu solat yang menjadi kewajipannya sebagai BILAL masjid  terutamanya ketika hujan. kadang-kadang bapaku terpaksa meredah hujan dan kadang kala tidak dapat hadir ke masjid kerana hujan lebat. apatah lagi kebelakangan ini musim hujan. nak tak nak kepulangan aku di kampung ini menjadi tiket untuk aku pergi "merepair" kereta ini.

nak dijadikan cerita.. Kedai Soon Meng menjadi pilihan ku. kerana dia seorang yang pakar dan pantas,lagi murah dalam membaiki kenderaan. bertepatan dengan sakit Tiara bapaku ini yang sudah kemaruk untuk dibelikan ubat. Alhamdulillah, aku selamat sampai menghantar Tiara ke rumah sakit Kedai Soon Meng meskipun agak merisaukan dalam perjalanan bersama Tiara yang kurang sihat ini. banyak kemungkinan boleh berlaku. Alhmdulillah preparation aku ke Kedai Soon Meng mencukupi dengan kuasa bateri yang baru dicas dll.

Setelah sampai rumah sakit Kedai Soon Meng maka aku pun menceritakan segala masalah kesihatan yang dihadapi Tiara sejak kebelakangan ini. Bermula dari masalah Belting Alternator yang putus hinggalah kepada faktor Compressor yang lemah dan perlu ditukar dengan yang baru. maka berlakulah proses pembedahan teradap Tiara yang mengambil masa kira-kira 3jam.penat juga menunggu Tiara disiapkan.

Apa yang menarik dan membuatkan aku terdiam terpaku dan mula berfikir sejenak adalah ketika mana bersembang dengan salah seorang mekanik muda, remaja belasan tahun umurnya. Seorang mekanik lelaki muda yang beragama Budha, berpakaian "simple" tapi "ranggi" dan juga rambut yang sedikit diwarnakan kuning di bahagian jambul hadapan. tetapi dia membedah kereta lain disebelah Tiara. "Eh you tak penat ke?? dah la rehat.dah tengahari ni waktu rehat.you tak makan ke??" pinta ku selamber... "hmm.. takpe la. kejap lagi i makan. hmm.. mcm ne you raya? ada angpau tak?? sambut mekanik muda. aku pun menjawab dengan santai "ni raye korban la,mane de angpau, rye ni potong itu lembu ma,boleh wat makan ma"...   mekanik muda    pun mengangguk tanda setuju."owhhh.. mcm 2." lalu dia pun bangkit dari sebelah pintu Proton Waja yang dibaikinya terus pergi ke bahagian kaunter pembayaran kedai dan makan makanan yang dibawa seorang wanita isteri kepada pemilik peniagaan ini.

Selang 10minit kemudian.

"wah.. sudah kenyang ha? senang ati owww. you(agama you) ada yang vegeterian kn?." aku menyapa dia yang baru selesai menyantap dan kembali menjalankan tugasnya . "hmm.. yala. sudah makn ma, mesti kenyang,hmm,.. ada, tapi i tak. you orang Islam pun tak boleh makan babi kan? you pun tak tau kenapa tak boleh makan babi kan?" soalan itu telah memaku pandangan ku tiba-tiba yang liar selama ini memandang tempat lain. aku terdiam seketika. jawapan yang aku ingin keluarkan bagi memberikan sedikit penjelasan tentang "Babi mengikut persepsi Islam" seolah-olah tersekat dan memaku lisan ku untuk berkata-kata. tapi menjadikan aku berfikir dan menganalisis soalan yang mungkin nampak bersahaja itu. adakah aku ingin memberikan dalil kepada dia? adakan kajian saintifik mengenai phytogen pada babi yang aku tau selama ini begitu kukuh dan cukup untuk merubah pandangannya yang tegar selama ini terhadap babi.ternyata aku masih lemah dan memerlukan lebih hujah lagi untuk memberikan penjelasan. soalannya seolah-olah seperti ingin membuat perbandingan antara agama. golongan vagetarian dan juga golongan yang tidak boleh makan khinzir. dua agama yang berbeza namun mempunyai pandangan masing-masing.

setelah termenung maka aku cuba membuat kesimpulan. Bahawa aku sebenarnya masih lemah dan tidak cukup kekuatan lagi untuk berhadapan dengan Madu' yang dahagakan penjelasan, soalan yang nampak mudah dan "simple" tapi memerlukan jawapan secara terperinci untuk dijelaskan agar nampak perbezaan dan keindahan Islam itu sendiri berbanding agama lain.

maka hal ini aku titipkan kepada pembaca sekalian untuk sama-sama kita bermuhasabah diri. sejauh manakah "preparation" kita setakat ini? adakah semua hal-hal  yang fundemental atau pun asas sudah cukup di dada untuk kita berikan penjelasan untuk kita  berdakwah pada yang memerlukan? apakah kita sudah tahu bagaimana pendekatan yang lebih sesuai untuk berhadapan dengan Madu' yang pelbagai?

sepertimana firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 165 maksunya:
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk"

.apakah yang dimaksudkan dengan "HIKMAH"??? dan yang paling utama sudahkah kita berusaha untuk mencukupkan perkara asas ini dalam diri kita?mari untuk kita lebih mengkaji..

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More