LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG

Salam perkenalan, Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya memberikan kebaikan dan manfaat untuk tambahan amal kita di negeri Akhirat kelak.

ISLAM ITU INDAH

Mencari yang RAHSIA dan TERSEMBUNYI, cukup dicari bermula dengan ISLAM

BAHAGIA HIDUP

Mencari Bahagia bukan bila melihat orang lain atau ingin seperti lain. Bahagia datang dari dalam diri. Diri sendiri yang boleh mebahagiakan bukan orang lain.

UJIAN

Tiada manusia yang tidak diuji. Lepas ada ujian baru boleh naik pangkat, naik gaji. Beruntunglah bagi mereka yang diuji.

MEMBERI

Erti hidup pada memberi. Bagaimana hendak menerima kalau tidak pernah memberi. Tidak akan rugi bila memberi.

Saturday, January 19, 2019

Wanita Pertama di Syurga




Syurga idaman setiap orang samada pemimpin yang adil ataupun pembunuh yang kejam. semua orang mengidam-idamkan syurga, baik lelaki mahupun wanita. cuma kadang-kadang kita merasakan seolah-olah kita sudah konfiden dan pasti ke syurga yang mahal harganya itu.  Persoalannya , kita inginkan syurga tetapi amalan kita masih tidak seperti mahalnya syurga,bahkan seperti seorang fakir miskin.tiada amalan yang begitu bersungguh-sungguh sehingga ia boleh dibeli dengan harga yang mahal..  

Pencoret ingin menceritakan sebuah kisah tentang seorang wanita no 1 syurga. Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.

Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.

Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawab gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.Wallahu a’lam

*Tulisan ini hanya untuk diri Pencoret sahaja, tiada kena-mengena dengan sesiapa melainkan kepada siapa yang ingin mengambil "kena" sahaja.

Tuesday, March 29, 2016

Apakah itu Pandangan Mata atau Hati mu?


Baru-baru ni hangat sekali isu berkenaan wang hantaran sepasang umat Muhammad yang bakal melangsungkan majlis pernikahan tetapi gagal dan berakhir dengan tragedi pergaduhan. Diceritakan secara ringkas bahawa perkara yang berlaku adalah disebabkan oleh wang hantaran yang tidak mencukupi RM5000 daripada yang dikehendaki oleh keluarga pengantin perempuan bahawa sepatutnya adalah RM15000 dan akhirnya menyebabkan pergaduhan dan akhirnya pernikahan pada hari tersebut dibatalkan.

Thursday, November 26, 2015

Allah Jauh Tak Dengan Kita?


Hidup ini antara Kau dan Engkau. Ada Engkau tiadalah Aku. Aku adalah Engkau yang hanya Engkau tiada Aku.

 Ya Allah! Apakah jauh Engkau dengan Aku? Sejauh manakah jarak antara Kau dan Aku?

1) Jiwa Kosong
Pernah tiba-tiba kita rasa seolah hidup ini KOSONG "0"? Buat apa-apa tapi macam tak terasa pape? atau
buat sesuatu perkara asyik tak jadi jea.
Lepas tu tuba-tiba rasa macam ada sesuatu yang tertinggal atau hilang entah ke mana disebalik dalamanya perasaan kita.

Nak tahu tak? Sebenarnya Allah panggil untuk ingat Dia.Untuk kembali kepada Dia. SO, sedia untuk "take action".

2)Kedudukan Disisi Allah
Kadang kita sibuk tanya, Allah ni sayang Aku tak yea? Macam mana la keadaan Aku disisi Allah yea? Macam mana diri Aku sebenarnya dipandangan Allah?

Senang jea nak jawab.

Allah Kata "Maka ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku" (Q.S. Al-Baqarah: 152) 

Tak payah tanya Allah, tanya sahaja diri sendiri Sejauh mana kita ingat Allah? Sejauh mana Allah di hati kita? Itulah kedudukan kita dengan Allah. Walaupun hakikat sebenarnya Allah itu lebih rapat dan dekat dari urat leher kita.

Ingat Allah bukan semestinya ketika solat. Kalau solat sekadar solat, pencuri pun kadang solat, perasuah pun solat , orang yang mengumpat dan memfitnah pun solat. Adakah sama solat kita dengan mereka yang solat ini?

Jadi, dimana posisi kita? 


3)Hilang kenikmatan beribadah
Berjaya dunia berjaya dah. Pelajaran tinggi, tinggi sungguh dah, bisnes meletop, meletop sangat dah. Kaya pun kaya dah. Mau apa lagi? Semua ada dah.

Perkara paling besar yang jarang orang lihat adalah kemanisan dalam ibadah. Ibadah rasa khusyuk tak?
Buat solat rasa nak menangis tak? Rasa rindu tak setiap kali nak solat? Makin bertambah amal ibadah tak bila kita semakin berjaya?

 Ada orang Allah bagi ujian dan Allah sentiasa bagi ujian seupaya Dia dapat rapat sentiasa dengan Allah. Ujiannya mendatangkan khusyuk ke dalam hatinya bila beribadah. rasa indah dan tenang dengan Allah. Dunia tidak menggangu hidup nya, berjaya tau tidak dipandangan manusia, cinta nya tetap pada Allah.

BAHAYA!!

Bila Allah bagi kejayaan dunia tetapi Allah tetapi kita masih tetap bermaksiat, menderhaka dan sebagainya. Ini dipanggil "Istidraj". Buat jahat tapi masih gembira dan lalai tanpa ada apa-apa perkara atau ujian yang mengingatkan. Nikmat dan kemanisan beramal sudah hilang. solat sekadar solat, sedekah sekadar sedekah dan menjadi peluang untuk sombong, puasa sekadar puasa tiada penghayatan.

Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah terutama buat diri Aku yang sering lalai. Penulisan ini untuk mengingatkan diri Aku terutamanya.


Tuesday, May 5, 2015

Hakikat Sedih Dukacita


Wahai Sedih juga Dukacita.
Mengapa Kau hadir ke dalam jiwa manusia?
Kau membuat Ku bingung,
Apakah Aku tak boleh untuk selamanya gembira?
Aku juga tak pernah menjemput mu,
tapi kau tetap jua singgah tiba ke jiwa Ku,

Thursday, April 9, 2015

Kembali Syadid atau Cinta di Fb?






Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah, Tuhan yang maha kuasa yang memberikan ketenangan dalam diri ini. Dialah yang maha mengetahui segala masalah, segala duka cita, segala kegembiraan, segala ilmu, bahkan semuanya yang sebelum , yang semasa mahupun yang selepas berlaku sesuatu kejadian. Tiada sesuatu pun yang terdetik dalam hati ini, melainkan segalanya dibawah pengetahuan Allah.

Monday, March 9, 2015

Apakah kita benar-benar hidup?


Lama jugak rupanya Pencoret tak menulis.
Last post pada tahun 2012 agaknya. Rupanya banyak benda dah Pencoret lalui dalm hidup ini. Baik yang pahit ataupun yang manis. Alhamdulillah, semuanya dapat diharungi. Itulah "Hidup". Itulah kebesaran Allah. Rasa rugi plak kalau tidak berkongsi cerita kepada para pembaca sekalian.Itu yang menyebabkan untuk Pencoret ingin menulis kembali.

Soalan yang mudah, tapi sentiasa "makan dalam" bila memahaminya secara mendalam iaitu "Apakah kita benar-benar hidup?"

Friday, June 15, 2012

Sang Murabbi




Tanggal 14 jun 2012 bersamaan 24 Rejab 1433 hijrah, jam 6.30minit petang.
Satu peristiwa bersejarah telah berlaku dalam dunia gerakan Islam. Seorang Murabbi yang selama ini aku kenali telah meninggal dunia. Dia seorang manusia yang cukup matang dan berpengalaman dalam gerakan Islam . Seorang tokoh yang menjadi rujukan oleh sesiapa sekalipun termasuk ahli politik terkemuka dalam negara juga pemimpin gerakan Islam luar negara. Siapa yang tidak mengenali Ustaz Yahya Othman atau lebih mesra dipnggil Ustaz Ya. Seorang yang mesra dan tegas dalam berucap. Baktinya terhadap gerakan Islam dan arena dakwah di Malaysia sungguh luar biasa. Dan dengan pemergiannya ini memanggil kembali aku untuk kembali menulis di khayalan maya ini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More